awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Denmark: Zii Jia lepasi pusingan pertama, bakal berdepan Axelsen

Bernama
Bernama
19/10/2023
03:50 MYT
Terbuka Denmark: Zii Jia lepasi pusingan pertama, bakal berdepan Axelsen
Zii Jia dijadualkan bertemu pemain pilihan tempatan Viktor Axelsen pada pusingan seterusnya. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Perseorangan badminton utama negara Lee Zii Jia menepati ramalan selepas mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Rabu.
Perseorangan nombor 11 dunia itu mengetepikan pemain Belgium Julien Carraggi, 19-21, 21-15, 21-10, dalam pusingan pertama kejohanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena.
Cabaran lebih getir menanti juara Terbuka Artik itu apabila dijadualkan bertemu pemain pilihan tempatan Viktor Axelsen pada pusingan seterusnya.
Axelsen yang juga perseorangan nombor satu dunia menempah tempat di pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara Magnus Johannesen, 21-7, 21-9.
Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut berjaya ke pusingan kedua selepas mengambil masa 42 minit untuk menundukkan pasangan tuan rumah Mathias Thyrri-Amalie Magelund, 21-15, 23-21.
Pilihan kelima kejohanan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai menanti mereka di perlawanan seterusnya, selepas pasangan Thailand itu menyingkirkan Marcus Ellis-Lauren Smith dari England, 17-21, 21-15, 21-19.
Dalam pada itu, perseorangan wanita Goh Jin Wei dan beregu wanita Anna Cheong Ching Yik-Teoh Mei Xing menamatkan saingan selepas dikalahkan lawan masing-masing.
Jin Wei tumpas pada pilihan kelima He Bing Jiao dari China, 11-21, 10-21, manakala Anna-Mei Xing kecundang pada pilihan keenam Zhang Shu Xian-Zheng Yu, juga dari China, 18-21, 14-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Denmark
#Lee Zii Jia
#Julien Carraggi
#viktor axelsen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan