awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka England: Kes positif punca BWF tangguh perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
17/03/2021
22:42 MYT
Terbuka England: Kes positif punca BWF tangguh perlawanan
Pemain badminton Malaysia Tan Kian Meng-Lai Pei Jing semasa beraksi di Kejohanan Badminton Seluruh England, 17 Mac, 2021. - Facebook BWF
PENGANJURAN Kejohanan Badminton Seluruh England digemparkan dengan kes positif COVID-19 membabitkan pemain, sehari sebelum aksi pembuka tirai pada Rabu.
Impaknya buat masa ini, saingan pusingan pertama ditangguhkan lima jam lebih lewat daripada jadual asal.
Perkembangan itu disahkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi satu perkongsian, awal pagi Rabu.
Kenyataan daripada badan induk itu turut menyebut sebilangan besar ujian pandemik yang dijalankan tidak menghasilkan keputusan memuaskan.
Ia di sebalik kes terpencil positif yang direkodkan dan dalam masa sama, mereka yang terbabit akan terus dipantau serta diasingkan.
Sumber Facebook bwfbadminton
Berbeza dengan saingan Jelajah Asia di Bangkok, Thailand, Januari lalu, penganjur Seluruh England tidak melaksanakan kuarantin. Dalam pada itu, wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, sempat berbicara dengan pemain beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, yang tidak beraksi dalam Seluruh England.
Ia satu keputusan tepat dibuat bersama gandingannya Soh Wooi Yik yang memilih untuk tidak ke Birmingham, di sebalik kes positif COVID-19 dalam penganjuran kejohanan itu. "Tiada keputusan betul atau salah tapi bagi kami, Seluruh England tidak menawarkan mata Sukan Olimpik, lagipun kes (COVID-19) agak tinggi di sana. "Walaupun (dianjurkan) secara gelembung sukan, tetapi ia tidak begitu ketat seperti dalam kejohanan di Thailand (Januari lalu)," katanya. Namun, Aaron mahu mengukuhkan peluang ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan, apabila berhasrat menyertai Terbuka India yang akan berlangsung 11 hingga 16 Mei depan. "Kami harap dapat suntikan vaksin lebih awal sebelum menyertai Terbuka India sebab ia menawarkan mata ke Sukan Olimpik. "Kes di sana juga tinggi, jadi ia sangat penting."
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#pandemik
#vaksin
#England
#Seluruh England
#all england
#badminton
#kejohanan
#persekutuan badminton dunia
#BWF
#kuarantin
#lewat lima jam
#Aaron Chia
#Terbuka India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan