Pemain No 1 dunia Datuk Nicol David mara ke separuh akhir kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong 2012.

Pada perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung di gelanggang kaca di Pusat Skuasy Hong Kong, China Jumaat, pemain berusia 29 tahun berasal dari Pulau Pinang ini mengalahkan Kasey Brown dari Australia, untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Nicol sekali sekali menempuh laluan mudah dalam usaha beliau untuk merangkul juara Terbuka Hong Kong kali kelapan apabila memenangi perlawanan suku akhir dengan straight set, 11-2, 11-4, dan 11-3 dalam masa 30 minit.

Pada separuh akhir, Nicol akan menentang pilihan kelapan Natalie Grinham dari Netherlands, yang menewaskan pilihan ketiga pemain England, Jenny Duncalf 11-8, 10-12, 11-2, dan 11-5 dalam masa 49 minit.

Sementara itu, pada perlawanan separuh akhir yang lain ialah pertemuan antara pemain Perancis, Camille Serme dan Omneya Abdel Kawy dari Mesir.

Camille menempah tempat ke separuh akhir selepas menewaskan kakak Natalie, Rachael dari Australia dengan straight set 11-6, 11-7 dan 12-10, manakala Omneya membuat kejutan apabila menewaskan pilihan keenam, Alison Waters dari England 11-9, 9-11, 6-11, 11-8 dan 11-9.