awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka India: Tang Jie-Yen Wei kejutkan senior untuk ke final sulung mereka

Bernama
Bernama
15/01/2022
11:50 MYT
Terbuka India: Tang Jie-Yen Wei kejutkan senior untuk ke final sulung mereka
Beregu campuran Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mengejutkan bekas senior mereka dalam skuad kebangsaan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam pertarungan sengit selama 71 minit untuk mara ke final Terbuka India. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Beregu campuran Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mengejutkan bekas senior mereka dalam skuad kebangsaan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam pertarungan sengit selama 71 minit untuk mara ke final Terbuka India.
Beraksi dalam separuh akhir pertama mereka di acara Jelajah Dunia Super 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pasangan nombor 40 dunia itu menumpaskan pasangan nombor 10 dunia 21-19, 21-23, 21-14 di KD Jadhav Indoor Hall, New Delhi, hari ini.
"Kami sangat gembira dapat memenangi perlawanan ini, ini akan menjadi final sulung acara 500 buat kami. Walaupun kami menang perlawanan hari ini, kami masih perlu belajar lebih banyak lagi daripada mereka dan kami amat hormat terhadap mereka.
Untuk final, seperti biasa kami akan berbincang strategi perlawanan kemudian selepas makan malam dengan jurulatih. Selain daripada itu, kami juga akan berbincang dengan senior kami (pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016) Chan Peng Soon kerana beliau berpengalaman luas untuk membantu kami menghadapi perlawanan," kata Tang Jie menerusi suatu pesanan suara.
Di atas kertas, Juara Antarabangsa Malaysia 2018 itu seharusnya memiliki kelebihan terhadap pasangan di ranking 182 dunia, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura dalam percubaan untuk merebut gelaran juara utama sulung mereka esok.
Pasangan Singapura itu mendapat kemenangan tanpa bertanding dalam satu lagi perlawanan separuh akhir selepas Rodion Alimov-Alina Davletova dari Rusia menarik diri setelah Alimov didapati positif COVID-19.
Sementara itu, bintang perseorangan lelaki yang sedang meningkat naik Ng Tze Yong memberikan tentangan hebat kepada pilihan ketiga kejohanan Lakhya Sen dari India sebelum tewas di dalam perlawanan yang berlangsung selama 67 minit.
Biarpun bermula dengan baik dengan kemenangan 21-19 pada set pertama , pemain berusia 21 tahun dan menduduki ranking ke-60 dunia, tewas 16-21, 12-21 dalam set seterusnya kepada pemain nombor 17 dunia itu.
Ini merupakan kali kedua Tze Yong tewas kepada Lakhya dalam pertembungan antara mereka.
Dalam beregu lelaki, gandingan nombor 11 dunia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menamatkan saingan di Terbuka India selepas ditundukkan beregu nombor dua dunia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dari Indonesia, 21-15, 21-18.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chen Tang Jie
#Peck Yen Wei
#Tan Kian Meng
#Lai Pei Jing
#final
#Terbuka India
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan