awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Macau: Wan Arif-Yap Roy King tamatkan penantian panjang bergelar juara

Astro Arena
Astro Arena
03/08/2025
09:55 MYT
Terbuka Macau: Wan Arif-Yap Roy King tamatkan penantian panjang bergelar juara
Wan Arif-Roy King mengungguli Kejohanan Badminton Terbuka Macau, sebentar tadi. - Gambar/ Stadium Astro
WAN Arif Wan Junaidi- Yap Roy King menamatkan penantian peribadi dan Malaysia untuk mengungguli Kejohanan Badminton Terbuka Macau, sebentar tadi, dalam satu pertarungan melibatkan tempoh yang panjang.
Wan Arif-Roy King mempamerkan kebangkitan sempurna dalam set pertama dan didorong kekentalan bertahan mereka untuk mengutip empat mata berturut-turut bagi menjamin kemenangan 22-20 ke atas seteru Indonesia, finalis tahun lalu, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Beregu ketiga dalam kem kebangsaan itu, bagaimanapun bermula perlahan selain menghadapi masalah gelanggang dalam set seterusnya untuk ketinggalan 1-5.
Mereka bagaimanapun mula memacu kemenangan 21-18 dalam tempoh satu jam 20 minit, sekali gus mengulangi kejayaan yang dicipta Hoon Thien How-Tan Wee Kiong pada 2013 dan kejuaraan siri pertama buat mereka. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Terbuka Macau
#Wan Arif
#Yap Roy
#keputusan perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan