awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
418 Notis Pemberitahuan Kesalahan kes buang sampah kecil setakat 22 Januari - SWCorp
Kementerian Perpaduan lancar Koleksi Digital British Colonial Office
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik bakal bertemu Yew Sin-Ee Yi rebut slot suku akhir

Bernama
Bernama
23/10/2025
01:30 MYT
Terbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik bakal bertemu Yew Sin-Ee Yi rebut slot suku akhir
Dalam aksi di Arena Glaz, Cesson-Sevigne, gandingan utama negara Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan tenang untuk menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, 21-15, 26-24. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kempen beregu lelaki Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2025 bermula cemerlang apabila dua gandingan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mara ke pusingan 16 terbaik, sekali gus bakal bertemu sesama sendiri bagi merebut tempat ke suku akhir.
Dalam aksi di Arena Glaz, Cesson-Sevigne, gandingan utama negara Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan tenang untuk menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, 21-15, 26-24.
Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi turut menunjukkan prestasi meyakinkan apabila mengatasi wakil India, Pruthvi Krishnamurthy Roy-Sai Pratheek K., 21-18, 21-13 pada pusingan pertama.
Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni ranking kedua dunia mempunyai kelebihan dengan enam kemenangan daripada sembilan pertemuan menentang rakan sepasukan mereka itu.
Pertemuan tersebut menjamin sekurang-kurangnya satu wakil Malaysia akan mara ke suku akhir kejohanan Siri Jelajah Dunia BWF Super 750 itu.
Menambah lagi kegembiraan kem negara, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bangkit dengan semangat juang tinggi untuk menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 15-21, 21-19, 21-11, sekali gus menempah pertemuan pusingan 16 menentang wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan.
Rentak cemerlang Malaysia diteruskan dalam acara beregu wanita apabila Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan pasangan Taiwan, Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun, 21-16, 22-24, 21-12.
Mereka akan berdepan gandingan China, Bao Li Jing-Zhang Shu Xian, pada pusingan seterusnya.
Bagaimanapun, cabaran tunggal lelaki negara Leong Jun Hao, terhenti selepas tewas 16-21, 15-21 kepada pemain Denmark yang juga pemenang dua pingat emas Olimpik Viktor Axelsen, yang seterusnya akan menentang wakil Taiwan, Chou Tien Chen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Perancis
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan