KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita utama negara, M. Thinaah menyifatkan kemenangan di kejohanan Terbuka Perancis 2022 di Paris pada Ahad lepas, sebagai cukup bermakna selepas mengharungi pelbagai cabaran termasuk kecederaan dialami pasangannya, Pearly Tan baru-baru ini.
Pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu menerusi perkongsian di Instagramnya hari ini, turut berterima kasih kepada kakitangan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), keluarga dan seluruh peminat badminton atas sokongan kepada mereka.
"Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya dan betapa bermaknanya (kemenangan) ini kepada kami terutama selepas apa yang diharungi pasangan saya @_pearlytan bulan lepas. Kemenangan ini bukan untuk kami semata-mata, tetapi untuk anda semua yang sentiasa percaya kepada kami," kata Thinaah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pearly kerana telah memberi yang terbaik dan sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan mereka.
Sementara itu, Pearly gembira dapat kembali beraksi dan bermain badminton selepas mengalami kecederaan hamstring pada Terbuka Jepun bulan lepas.
"Sekarang baru saya faham kadangkala selepas kehilangan sesuatu, sebenarnya sesuatu yang lebih berharga menunggu kita," kata Pearly.
Kecederaan dialami Pearly menyaksikan dia terpaksa mengakhiri perjuangannya bersama Thinaah ketika mereka berdepan dengan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim dalam pusingan kedua kejohanan Terbuka Jepun 2022 yang berlangsung di Maruzen Intec Arena, Osaka.
Dalam perlawanan akhir Terbuka Perancis, pasangan bukan pilihan itu mengejutkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15, sekali gus menjadi beregu wanita Malaysia pertama memenangi gelaran itu.
Untuk rekod, beregu wanita negara paling hampir merangkul kejuaraan Terbuka Perancis ialah pada 2008 apabila Wong Pei Tty-Chin Eei Hui muncul sebagai naib juara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022
Thinaah turut berterima kasih kepada kakitangan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), keluarga dan seluruh peminat badminton atas sokongan kepada mereka. - Gambar/ Stadium Astro
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis
Wakil tunggal negara di Terbuka Perancis Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tewas pada saingan suku akhir di Arena Porte de la Chapelle di Paris hari ini.
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang seawal pusingan pertama oleh pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam masa 41 minit.
Biasiswa OUM bakar semangat Thinaah di Terbuka Perancis
Thinaah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - TESL) di OUM sejak Mei 2020.
Terbuka Perancis: Tze Yong tewas kepada Shi Feng dalam saingan separuh akhir
Pemain bukan pilihan Tze Yong kalah kepada pemain pilihan kelapan Shi Feng dengan 17-21, 12-21.
Terbuka Perancis: Novak Djokovic bergelar juara, pecah rekod 23 gelaran grand slam
Djokovic kini mengatasi rekod yang sebelum ini dikongsinya bersama Rafael Nadal.
Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek
Pemain kelahiran Poland itu mengukuhkan statusnya sebagai pemain wanita terbaik di dunia terutama di atas gelanggang tanah liat.
Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic
Carlos Alcaraz mengakui masalah ketegangan yang dialaminya menjadi batu penghalangannya untuk melepasi rintangan Novak Djokovic.
Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.
Terbuka Perancis: Novak Djokovic mara ke suku akhir buat kali ke-17
Novak Djokovic melepasi rekod sepanjang zaman Rafael Nadal dengan mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-17.