awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Singapura: Kecederaan sekat kemaraan Pearly-Thinaah

Bernama
Bernama
07/06/2023
06:51 MYT
Terbuka Singapura: Kecederaan sekat kemaraan Pearly-Thinaah
Selepas ketinggalan 9-16 di set penentuan, Pearly ambil keputusan menarik diri sekali gus menyaksikan beregu Jepun mara ke pusingan kedua. - Facebook Badminton Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Kecederaan, dipercayai di siku kanan, memaksa pemain beregu wanita negara Pearly Tan mengakhiri perjuangan bersama pasangannya M. Thinaah, setakat pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini.
Beregu utama wanita negara itu bermula baik ketika berdepan wakil Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi sebelum kehilangan momentum susulan kecederaan dialami Pearly sehingga mereka tewas di set pertama 13-21 pada perlawanan di Stadium Tertutup Singapura.
Bagaimanapun, Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tidak memberikan laluan mudah dan bangkit dengan kemenangan di set kedua 21-17.
Selepas ketinggalan 9-16 di set penentuan, Pearly mengambil keputusan menarik diri sekali gus menyaksikan beregu Jepun di ranking ke-23 dunia itu mara ke pusingan kedua.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yii menepati ramalan apabila mara ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis.
Yew Sin-Ee Yii yang juga merupakan pilihan kelapan kejohanan melakar kemenangan 21-18, 21-13 selepas pertarungan 31 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#M Thinaah
#Pearly Tan
#Kejohanan Badminton Terbuka Singapura
#pemain beregu wanita negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan