awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Thailand: Beregu campuran Tien Ci-Chiew Sien tersingkir awal

Bernama
Bernama
13/05/2025
23:30 MYT
Terbuka Thailand: Beregu campuran Tien Ci-Chiew Sien tersingkir awal
Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien. - Gambar fail/Facebook BAM
BANGKOK: Beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien gagal melepasi pusingan pertama Terbuka Thailand 2025 selepas tewas kepada pasangan tuan rumah Phuwanat Horbanluekit-Sapsiree Taerattanachai, malam tadi.
Pasangan negara itu tewas 17-21, 20-22 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 36 minit.
Tien Ci mengakui kegugupan ketika detik genting memberi kesan kepada prestasi mereka sehingga menyebabkan kekalahan.
"Kami bermula dengan baik dan beberapa kali mendahului dalam kedua-dua set, walaupun berdepan sorakan kuat penyokong tuan rumah. Namun, kami menjadi gugup, terutama pada set kedua," katanya kepada Bernama selepas perlawanan.
Sementara itu, dua wakil perseorangan lelaki negara Justin Hoh dan Aidil Sholeh Ali Sadikin mara ke pusingan 32 selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi kelayakan.
Justin, yang berada di ranking ke-45 dunia, menewaskan pemain India Ayush Shetty 21-14, 22-20 dalam masa 39 minit, manakala Aidil menundukkan Riku Hatano dari Jepun 21-18, 16-21, 21-17.
Hari ini, kempen Malaysia diteruskan oleh beregu lelaki juara Asia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dijadual bertemu pasangan bukan pilihan dari Perancis, Julien Maio-William Villeger.
Antara beregu lelaki negara lain yang turut beraksi ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, Low Han Yee-Ng Eng Cheong, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Kang Khai Xing-Aaron Tai.
Dalam acara perseorangan wanita, satu-satunya wakil negara, Goh Jin Wei berdepan cabaran getir apabila bertemu pilihan utama kejohanan dari China, Chen Yu Fei di pusingan pertama.
Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah yang juga pilihan utama, dijadual bertemu pasangan India Rashmi Ganesh-Sania Sikkandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Thailand
#Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
#Justin Hoh
#Aidil Sholeh Ali Sadikin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami