SKUAD badminton Malaysia tetap teruja untuk kembali memulakan aksi antarabangsa pertama selepas 10 bulan di sebalik kebimbangan dengan penularan pandemik COVID-19.
Ia dianggap sebagai peluang terbaik untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Thailand ini, tatkala buat julung kalinya, tiada wakil dari kuasa besar, China dan Jepun dalam saingan bertaraf tinggi sebegini.
Congakan awal menyaksikan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, boleh merintis laluan yang cukup baik ke final, apabila jaguh Jepun, Kento Momota, sah menarik diri selepas disahkan positif COVID-19 pada Ahad.
Jika Zii Jia berjaya lepas pusingan pertama menentang HS Prannoy, K. Srikanth, Chou Tien Chien, serta Anders Antonsen, adalah antara jangkaan lawan yang bakal dihadapi untuk menempa laluan ke peringkat akhir pertama kejohanan bertaraf 1000 dalam kariernya.
"Semua pemain akan bermula daripada mula semula kerana selepas lama tidak beraksi. Semua pemain akan berusaha mendapatkan sentuhan dalam saingan itu nanti," kata Zii Jia.
BACA: Positif COVID-19, Wong Choong Hann lega atlet negara tetap ke Bangkok
Dalam masa sama, Zii Jia mengakui tempang tanpa pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann, yang tidak dapat turut bersama dalam rombongan ke Bangkok kali ini setelah mendapat perkhabaran kurang gembira, positif COVID-19 ketika menjalani ujian saringan pada Ahad.
"Kami tidak menyangkakan Choong Hann disahkan positif COVID-19 dan dia mahukan kami tidak terlalu memikirkan perkara ini bagi memastikan permainan terbaik di Thailand nanti."
Astro Arena
Mon Jan 04 2021

Zii Jia (gambar) mengakui tempang tanpa pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann, yang tidak dapat turut bersama dalam rombongan ke Bangkok kali ini. - Foto Astro ARENA

AWANI Ringkas: Vaksin: Tindakan undang-undang jika sebar berita palsu | Penerima Pfizer tunjuk antibodi kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Politik | Menjelang persidangan Parlimen semasa darurat
Kita bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik bagi perinciannya.

Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Keputusan Mahkamah | Apa makna disebalik keputusan Mahkamah Persekutuan?
Untuk memahami perkara ini dengan lebih baik, kita bersama dengan seorang peguam, Yusfarizal Yusoff.

Keputusan | Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah Selangor
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Keputusan itu sekali gus mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Vaksin COVID-19 | Wakil rakyat, NGO perlu bantu Kkm hebahkan maklumat
Wakil rakyat di setiap kawasan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus dijadikan rakan strategik Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok melalui suntikan vaksin COVID-19. Ini kerana, mereka dilihat lebih dekat dengan masyarakat tempatan dan memahami selok belok dan rencam di sesebuah kawasan terutama di kawasan pedalaman.

Vaksin petugas hadapan Langkawi selamat dibawa dengan RORO
Konvoi membawa vaksin, diketuai Supt Syed Basri Syed Ali bersama enam pegawai dan sembilan anggota bagi memastikan kelancaran penghantaran, tiba tepat pada waktunya.

Aplikasi percubaan Singapura tawar pemeriksaan kesihatan mini
Aplikasi itu dapat memberitahu mengenai kadar denyutan jantung, kadar oksigen dan juga tahap tekanannya.

"Artis Malaysia sepatutnya boleh jadi jutawan, tapi..." - Ziana Zain
Cetak rompak antara sebab kenapa hak dan kebajikan artis terabai, tidak semua selebriti Malaysia hidup senang.

COVID-19: Kru kapal dari Malaysia antara enam kes import baharu di Singapura
Pemegang pas lawatan jangka pendek itu tidak menunjukkan gejala, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).

Vaksin COVID-19: Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
Sekiranya imuniti kelompok berjaya dilaksanakan dalam skala yang besar, maka cogan kata 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' dapat direalisasikan.

Thailand mulakan program vaksinasi minggu ini
Thailand akan menerima kumpulan pertama 200,000 daripada 2 juta dos vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal China itu hari ini.

China nafi lakukan penghapusan etnik minoriti
China tidak bersetuju dakwaan negara itu menjalankan kegiatan penghapusan etnik seperti yang didakwa beberapa negara.

RCEP berperanan sebagai pemangkin pemulihan ekonomi Malaysia - MIDA
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau akan berperanan sebagai pemangkin pemulihan ekonomi dalam keadaan pandemik COVID-19.

COVID-19: Bagaimana Chile jadi juara vaksinasi dunia?
Bagaimana Chile dapat mengubah keadaan COVID-19 dengan begitu drastik?

MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer (km) Timur Laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia beri amaran ribut tropika
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 1,324 kilometer (km) ke timur Sandakan, Sabah.

Entah apa rasa dan khasiatnya... Teh 'dikuasakan' najis panda termahal di dunia
Selepas dipetik, ia boleh dijual pada harga hampir RM17,000 untuk sekilogram, malah mungkin lebih juga.

Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari
Vaksin Sinovac dijangka mula dibotolkan pada Februari sebelum diedarkan pada Mac oleh Pharmaniaga.