awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi

Bernama
Bernama
09/02/2025
22:45 MYT
Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Pemain Negeri Sembilan FC Muhammad Harith Samsuri (kanan) cuba menampan sepakan bola dari pemain Terengganu FC Ismaheel Akinade (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Terengganu FC (TFC) kembali mendapatkan rentak kemenangan dengan meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini malam tadi.
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir Kejuaraan Kelab Asean (ACC) minggu lepas namun TFC tampil bangkit untuk menewaskan pasukan tuan rumah.
Skuad bimbingan Badrul Afzan Razali bermula garang dengan beberapa percubaan berbahaya ke gawang gol lawan namun berjaya dikekang pertahanan NSFC.
Bagaimanapun, usaha berterusan skuad Penyu berhasil menerusi jaringan pemain import Nurillo Tukhtasinov dari jarak kira-kira 30 meter, yang gagal ditepis penjaga gol tuan rumah Muhamad Aqil Abdul Razak pada minit ke-25.
TFC kekal menguasai perlawanan dengan dua percubaan berbahaya di luar kotak penalti menerusi Safawi Rashid dan Akhyar Abd Rashid pada minit ke-39 dan 43 namun sekadar melepasi palang, sebelum tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua perlawanan, NSFC terus mempertingkatkan intensiti permainan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-58 menerusi percubaan pemain import, Jacque Faye namun pemain pertahanan Safwan Mazlan pantas menyepak keluar bola yang berada hampir di garisan gol.
Pasukan pelawat dihadiahkan dengan sepakan penalti menerusi video bantuan pengadil (VAR) selepas bola terkena tangan pemain NSFC dalam kotak penalti yang pantas diambil oleh Nelson Bonilla pada minit ke-79 justeru meletakkan TFC selesa di hadapan.
TFC kini di tangga keempat carta liga dengan 27 mata manakala NSFC di kedudukan ke-12 dengan sembilan mata.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Terengganu FC
#Negeri Sembilan FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan