JINHUA: Skuad sepak takraw lelaki negara gagal mempertahankan pingat emas acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas kecundang kepada Thailand 0-2 pada final di Pusat Sukan Gimnasium Jinhua di sini, hari ini.
Walaupun membawa pulang perak, regu negara telah menampilkan semangat juang tinggi bagi menyaingi kehebatan pihak lawan terutama pada set kedua, namun tuah lebih berpihak Thailand yang dinobatkan sebagai juara selepas merakam kemenangan 21-15, 21-19.
Pada set pertama, trio negara Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Zarif Marican bermula baik apabila berjaya mengikat kedudukan 11-11 sebelum Thailand yang dibarisi Pansan Pichet, Yupadee Pattarapong dan Khamchan Sittipong mula melebarkan jurang mata.
Ketinggalan 11-14, ketua jurulatih negara Ahmad Jais Baharun membawa masuk tekong Mohammad Syahir Mohd Rosdi menggantikan Muhammad Zarif dalam usaha mengubah perlawanan, namun percaturan itu gagal memberi kesan dan Thailand meraih kemenangan di set pertama.
Pada set kedua, perlawanan berlangsung sengit yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berkejar mata demi mata dengan Malaysia mengikat kedudukan sebanyak empat kali, selain terus membuat penggiliran tekong sementara Thailand kekal dengan trio yang sama.
Malaysia dan Thailand terikat sebanyak tujuh kali sepanjang set kedua antaranya pada kedudukan 10-10, 16-16, 17-17 dan 18-18, namun pengalaman dan ketenangan menjadi pemisah kedua-dua pasukan yang menyaksikan pihak lawan menoktahkan kejayaan 21-19 untuk mengesahkan emas.
Bercakap kepada pemberita selepas final itu, Ahmad Jais berkata anak buahnya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyaingi Thailand yang sememangnya memiliki kelebihan dari aspek serangan dan pertahanan.
Katanya beberapa kontroversi melibatkan keputusan pengadil dalam perlawanan itu juga memberi impak terhadap fokus para pemain.
"Walaupun kita ketinggalan pada set pertama dan gagal menyaingi mereka, namun pada set kedua kita mula bangkit dari segi pertahanan dan serangan, namun beberapa kontroversi sedikit sebanyak melemahkan momentum pasukan, itu yang buat kita kecewa pada set kedua," katanya.
Sementara itu, Mohammad Syahir berkata beliau dan rakan sepasukan sudah memberikan segalanya di gelanggang untuk cuba membawa pulang emas.
"Kami semua tahu memang Thailand banyak kelebihan dan satu pasukan yang kuat tetapi kami memang perah habis-habisan kali ini dan semangat kami tidak pernah luntur pada Sukan Asia kali ini.
"Di final ini memang kami berjuang bersungguh-sungguh tetapi nasib tidak menyebelahi kami untuk dapatkan emas," kata pemain berusia 27 tahun itu.
Kejayaan itu menyaksikan Thailand kembali merampas emas yang dimenangi kali terakhir pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.
Dalam pada itu, pingat gangsa acara itu dimenangi bersama Filipina dan Vietnam selepas masing-masing tersingkir di peringkat separuh akhir, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Kejayaan itu menyaksikan Thailand kembali merampas emas yang dimenangi kali terakhir pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.- Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.
Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.
Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.
Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.
Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.
Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.