awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Exco akan menghadap Sultan Selangor pada Isnin ini - Menteri Besar
Bekas pemain badminton negara dilepas tanpa dibebas dalam kes penipuan RM58,029
Konsistensi: Rahsia senyap di sebalik legasi tiga dekad Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan stadium baru - Hannah Yeoh

Astro Arena
Astro Arena
08/02/2023
01:00 MYT
Tiada keperluan stadium baru - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berkata, keutamaan kerajaan bukan untuk membina stadium, tetapi untuk menguruskan, menyelia dan menaik taraf stadium sedia ada. - Foto Astro ARENA
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tampak enggan menjadikan infrastruktur sukan negara sebagai projek 'Gajah Putih' apabila mengakui tidak berminat dengan cadangan membina stadium baru.
Sebaliknya, dia berasakan mana-mana kemudahan sedia ada sudah memadai untuk dinaik taraf, walaupun berlaku isu pertindihan acara membabitkan perlawanan bola sepak dan konsert di negara ini.
"Kita lihat bukan sahaja stadium utama tapi kami nak pastikan tanggungjawab kerajaan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bersama-sama membina sukan.
"Keutamaan kami bukan asyik membina, tapi kami nak tahu bagaimana untuk uruskan naik taraf dan seliaannya.
"Dalam masa sama, kami tiada rancangan untuk asyik bina stadium. Kalau tengok di negeri lain, asyik bina stadium ketika Sukma (Sukan Malaysia) tapi penyeliaannya agak sukar.
"Jadi kami tiada perancangan untuk terus membina (stadium)," katanya kepada pemberita dalam majlis kesyukuran sempena Presiden Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, di Wisma FAM semalam selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA.
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#stadium baru
#projek gajah putih
#pertindihan acara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan