Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal berdepan pelbagai kesan buruk termasuk digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), jika berlaku campur tangan kerajaan.
Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan berkata Artikel 13 dan 17 Statut FIFA, jelas menyatakan kerajaan tidak ada hak campur tangan dalam persatuan bola sepak kebangsaan kerana ia adalah satu badan yang bebas.
"Jika mereka (kerajaan) berterusan campur tangan, saya rasa FAM tidak akan wujud lagi dan skuad kebangsaan tidak boleh mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di masa hadapan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Velappan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberikan tempoh 14 hari kepada FAM mengemukakan laporan mengenai kekecohan sewaktu aksi pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia antara Malaysia dan Arab Saudi, Selasa lepas.
Menurut Khairy, surat meminta laporan itu dihantar Pejabat Pesuruhjaya Sukan kepada FAM semalam, dan persatuan itu berdepan penggantungan jika Pesuruhjaya Sukan tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan nanti.
Sehubungan itu, Velappan yang juga Penolong Setiausaha Agung FAM dari 1963 hingga 1980, meminta semua pemegang taruh bola sepak negara untuk bersama-sama mencari jalan terbaik meningkatkan semula sukan berkenaan yang merudum sejak beberapa dekad lalu.
"Hentikan perbuatan menuding jari antara satu sama lain. Mari kita berbincang dan mencari langkah terbaik untuk menyelamatkan mutu bola sepak negara," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah yang dihubungi Bernama berkata, badan induk berkenaan dijangka membincangkan insiden di Stadium Shah Alam tersebut pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, esok.
"Saya tidak mengetahui mengenai kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri (Khairy). Mungkin perkara berkenaan (kekecohan di Stadium Shah Alam) akan dibincangkan pada mesyuarat esok," kata Afandi.
Pada 30 Mei lepas, FIFA menggantung Indonesia berikutan campuran kerajaan republik itu dalam pertandingan liga domestik yang mengakibatkan skuad Garuda tidak layak beraksi di pusingan kelayakan Piala unia 2018, bermula 11 Jun lepas.
Perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi terpaksa dihentikan pengadil, Liu Kwok Man dari Hong Kong berikutan tindakan liar sekumpulan penonton tempatan.
Liu menghentikan perlawanan pada minit ke-88 selepas segelintir penyokong 'Ultras Malaya' membaling suar dan mercun roket ke padang, memaksa pemain dan pegawai kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.
Sebelum perlawanan dihentikan, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.
Astro Arena
Thu Sep 10 2015
Sebelum perlawanan dihentikan, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.