DOHA: Piala Dunia 2022 di Qatar yang bermula hari ini menyaksikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bahawa tiada penjualan alkohol di lapan buah stadium yang menganjurkan 64 perlawanan.
Memetik laporan CNN, FIFA dalam sebuah kenyataan memaklumkan pihak berkuasa Qatar dan FIFA membuat keputusan penjualan minuman beralkohol hanya di Festival Peminat FIFA, lokasi peminat bola sepak berlesen namun ia tidak akan dijual di kawasan stadium Piala Dunia berlangsung.
Qatar merupakan antara negara Islam yang sangat konservatif dan mengawal ketat penjualan dan penggunaan alkohol.
September lalu, Qatar membenarkan peminat bertiket membeli minuman beralkohol tiga jam sebelum perlawanan bola sepak bermula dan sejam selepas wisel penamat ditiupkan tetapi bukan semasa perlawanan berlangsung.
“Tiada kesan kepada penjualan Bud Zero yang kekal berada di semua stadium Piala Dunia.
“Pihak berkuasa Qatar dan FIFA akan terus memastikan stadium dan kawasan sekitar memberikan pengalaman menyeronokkan, hormat dan menyenangkan semua peminat,” tambah kenyataan FIFA.
Walaupun sesetengah peminat mungkin gembira kerana stadium bebas alkohol ada yang keliru dan kecewa termasuk Arnov Paul-Choudhury, 21.
“Ia adalah Piala Dunia, ia adalah bola sepak, anda perlu boleh minum di sekitar stadium.
“Saya tidak fikir mereka melakukan perkara yang betul untuk menarik peminat,” katanya kepada CNN Sport di Doha.
Dalam pada itu, Budweiser bersedia menjual alkohol dalam perimeter bertiket yang mengelilingi setiap lapan stadium sebelum dan selepas setiap perlawanan.
Menurut New York Times, Budweiser dimiliki oleh pembuat arak terbesar di dunia, Anheuser-Busch InBev dan membayar sekitar AS$75 juta (RM341 juta) untuk perjanjian penajaan dengan FIFA.
Sementara itu, Persatuan Penyokong Bola Sepak (FSA), badan perwakilan kebangsaan peminat bola sepak di England dan Wales turut mengecam keputusan penjualan arak di Piala Dunia yang berlangsung 20 November hingga 18 Disember.
Faida Rahim
Sun Nov 20 2022
Tiada kesan kepada penjualan Bud Zero yang kekal berada di semua stadium Piala Dunia. - Reuters
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Harimau Malaya jatuh satu anak tangga, kini ranking ke-133 dunia
HARIMAU Malaya turun satu anak tangga dari kedudukan 132 ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
FIFA sahkan Mats Deijl tidak layak wakili Harimau Malaya
FIFA mengesahkan bahawa pemain Go Ahead Eagles dari Belanda, Mats Deijl, tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai Harimau Malaya.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.