awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada siasatan dibuka kes pemain warisan FAM buat masa ini - SPRM

Bernama
Bernama
18/10/2025
09:15 MYT
Tiada siasatan dibuka kes pemain warisan FAM buat masa ini - SPRM
Azam ketika sidang media pada Majlis Tamat Latihan Dan Penganugerahan Sijil Kadet Integriti Muda, Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) di UniSZA, hari ini. - Foto Bernama
KUALA NERUS: Tiada kertas siasatan dibuka buat masa ini berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ringkasan AI
  • SPRM tidak buka kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan FAM kerana isu ini dianggap teknikal antara FAM dan FIFA.
  • Azam Baki menegaskan keputusan rayuan terpulang kepada FIFA, sambil mengambil kira pengesahan Kementerian Dalam Negeri mengenai status pemain terbabit.
  • FAM dan tujuh pemain dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib berkaitan pemalsuan dokumen.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata oleh kerana kes berkenaan melibatkan isu teknikal antara FAM dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan induk itu untuk menyelesaikannya.
"Jadi terpulang kepada FIFA sama ada akan pertimbangkan atau tidak (berhubung rayuan). Tetapi buat masa ini, SPRM tidak akan menyiasat kes ini kerana ia lebih kepada tindakan FIFA.
"Kita juga mengambil kira pengesahan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri berhubung ketujuh-tujuh pemain berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA, selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu dokumenstasi
#FAM
#SPRM
#tujuh pemain warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan