Membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik bukanlah suatu keutamaan bagi Malaysia memandangkan negara ini tidak memenangi banyak pingat pada temasya berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di dunia itu bukanlah langkah yang realistik disebabkan sehingga kini Malaysia masih belum meraih pingat emas pertamanya dalam kejohanan Olimpik.
"Menganjurkan kejohanan sukan seperti itu hanya akan membebani negara dengan hutang dan masalah lain yang berkaitan sekiranya negara gagal untuk menghasilkan secara konsisten pemenang pingat di pentas dunia.
"Apa yang berlaku selepas temasya ini... berdasarkan keadaan ekonomi semasa, negara tuan rumah hanya akan dibebani hutang," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Perkampungan Sukan Temasya Olimpik Rio di sini pada Sabtu.
Berikutan kedudukan ekonomi semasa, beliau berkata kementeriannya akan memberi keutamaan kepada pembiayaan sukan dalam program Podium yang dilancarkan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Pada masa ini, semua badan kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan berdepan langkah berjimat cermat dan kami perlu memberi keutamaan kepada perbelanjaan bagi program Podium serta menyemak semula pembiayaan bagi sukan memuncul seperti karate yang berpotensi menyumbang pingat dalam Olimpik Tokyo," katanya.
Khairy berkata Malaysia mesti memenangi emas dalam Olimpik Rio oleh kerana ia akan meningkatkan pembiayaan kerajaan dalam program Podium.
Tahun lepas, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata Malaysia mungkin berganding tenaga bersama negara jirannya, Singapura, untuk merealisasikan impian mereka dalam menganjurkan Olimpik buat julung kali di rantau Asia Tenggara.
Beliau berkata, penganjuran sukan berprestij itu oleh dua negara tuan rumah merupakan suatu kemungkinan di bawah agenda baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Katanya, kini sudah terlambat untuk menyertai pembidaan bagi penganjuran Olimpik 2024 namun pertimbangan boleh diberi kepada penganjuran Olimpik 2028 atau 2032.
Bernama
Sun Aug 14 2016
KHAIRY: Pada masa ini, semua badan kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan berdepan langkah berjimat cermat.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Tidak realistik untuk Malaysia anjur Olimpik - Khairy
Menganjurkan kejohanan sukan seperti itu hanya akan membebani negara dengan hutang dan masalah lain, kata Menteri Belia dan Sukan.