awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara CAFA medan asah mentaliti pemain Harimau Malaya - Penganalisis
BISNES
AMNC25: Perdagangan global di ambang perubahan ketara, kuasa ekonomi beralih ke Negara-Negara Selatan - Li Qiang
MALAYSIA
Malaysia, Kyrgyzstan senada iktiraf Afghanistan di pentas antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Tiga kelab Liga Super uji skuad Harimau Muda hadapi Piala ASEAN B-23

Bernama
Bernama
24/06/2025
21:45 MYT
Sponsor Banner
Tiga kelab Liga Super uji skuad Harimau Muda hadapi Piala ASEAN B-23
Aksi pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun pada Perlawanan 'The Elite Games' menjelang persiapan Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga kelab dalam saingan Liga Super bakal menguji keupayaan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dalam tiga aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 di Jakarta, dari 15 hingga 29 Julai depan.
Ketua jurulatih skuad Harimau Muda Mohd Nafuzi Zain berkata perlawanan itu merupakan sebahagian daripada perancangan awal menjelang pengumuman 30 pemain hari ini yang akan dipanggil ke kem latihan pusat bermula 1 hingga 12 Julai ini.
"Kita akan kekal menjalani latihan dalam negara sahaja. Aksi persahabatan sedang dalam proses penilaian dan kelab terlibat juga telah saya pilih sendiri," katanya ketika ditemui selepas perlawanan 'Elite Games' di sin, malam tadi.
Projek 'Elite Games' merupakan inisiatif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mencungkil bakat muda untuk memperkukuh skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Filipina dan Brunei.
Skuad negara akan membuka kempen menentang Filipina pada 15 Julai, diikuti Brunei (18 Julai), sebelum menutup aksi peringkat kumpulan bertemu Indonesia pada 21 Julai.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 25 Julai, manakala aksi penentuan tempat ketiga dan final akan diadakan pada 29 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#harimau muda
#Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025
#b-23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami