KUALA LUMPUR: Titah murka Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah atas keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap Selangor FC menggambarkan kemarahan serta kekecewaan peminat bola sepak terhadap MFL yang seolah-olah hilang sifat kemanusiaan, timbang rasa serta melampaui batas.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai badan mentadbir liga bola sepak, MFL sewajarnya memainkan peranan mengangkat keadilan, menentang keganasan serta bersifat empati terhadap nasib dan keselamatan pemain bola sepak negara.
Malah, katanya, keganasan jenayah yang berlaku terhadap tonggak bola sepak Selangor, Faisal Halim merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak negara.
Sehubungan itu, mewakili kerajaan negeri, Amirudin menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah yang murka atas keputusan yang dibuat MFL terhadap Selangor FC.
"Titah Tuanku Sultan Selangor dizahirkan setelah tindakan MFL yang bukan sahaja mengenakan denda RM100,000 kepada Selangor FC, tetapi menambah hukuman dengan memaksa perlawanan di Selangor diadakan tanpa penonton," kata beliau.
Tambahnya, MFL juga bertindak menambah beban Selangor FC dengan mengenakan denda pemotongan tiga mata pada masa pasukan JDT sudah menerima kemenangan percuma dalam Piala Sumbangsih.
Terdahulu, MFL mengenakan empat tuduhan terhadap Selangor FC susulan tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor 10 Mei lalu.
Hukuman yang diputuskan menerusi mesyuarat Lembaga Pengarah MFL itu termasuk denda RM100,000 (wang) itu akan disalurkan kepada badan kebajikan yang akan didputuskan kelak/
Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu memaklumkan skuad Gergasi Merah turut dikenakan tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, JDT dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.
Astro Awani
Wed Jun 26 2024
Amirudin yang mewakili kerajaan negeri menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah yang murka atas keputusan yang dibuat MFL terhadap Selangor FC. - Gambar fail
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak
Keganasan jenayah yang berlaku terhadap tonggak bola sepak Selangor, Faisal Halim merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak negara.