PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.
Namun, Hamidin berkata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.
Katanya perkara itu dizahirkan Tunku Ismail ketika beliau bersama Ketua Jurulatih pasukan negara Kim Pan Gon menghadap baginda di Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini.
"Baginda tidak minat memegang apa-apa jawatan termasuk pengurus seperti yang dilaporkan tetapi bermula sekarang baginda nak berikan lebih daya usaha untuk bantu pasukan negara dengan apa sahaja yang boleh baginda lakukan.
"Ada orang katakan seperti baginda tidak mahu bantu (sebelum ini), (jadi) kali ini baginda mahu lakukan terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan," katanya kepada media di sini, hari ini.
Sebelum ini terdapat laporan mengaitkan Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM dengan jawatan pengurus skuad Harimau Malaya.
Mengulas lanjut, Hamidin berkata Tunku Ismail mahu membekalkan beberapa peralatan gim antaranya basikal senaman, selain turut mengarahkan supaya Pan Gon menyenaraikan kelengkapan lain yang diperlukan pasukan bimbingannya.
Hamidin berkata Tunku Ismail juga mempelawa pasukan negara berlatih dan bermain di gelanggang keramat JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sementara menunggu Stadium Nasional di Bukit Jalil siap diselenggara.
"Pan Gon tiada masalah (bermain di Iskandar Puteri) dia pun sukakan padang di sana. Selain padang, ada juga kemudahan fasiliti bagi proses pemulihan dan sains sukan," kata Hamidin.
Dalam pada itu, beliau mengharapkan lebih banyak pasukan dan presiden kelab yang sudi memberikan bantuan dalam apa sahaja bentuk demi memajukan pasukan negara yang bakal berdepan cabaran sengit Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Hamidin (kiri) berkata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
JDT: 'Underdog' tahun depan - TMJ
JDT akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.
JDT derma RM2.9 juta untuk Palestin dan Yayasan JDT
JDT menderma RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan Yayasan JDT.
TMJ cabar Selangor pecah rekod cemerlang JDT
Prestasi JDT itu jelas terpancar apabila pasukan kendaliannya itu terus memenangi empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
JDT akan tandatangani tiga atau empat pemain import untuk musim 2024
Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu, musim hadapan.