SEPANG: Wira badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tiba di tanah air hari ini dengan tersenyum puas di atas kejayaan yang dikecapi.
Aaron-Wooi Yik bersama kumpulan Kontinjen Malaysia seramai 23 orang termasuk 11 atlet daripada sukan memanah, olahraga, menembak dan badminton tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pukul 5.20 petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH0071.
Kesemua atlet negara itu antaranya Khairul Anuar Muhammad daripada sukan memanah, Azreen Nabila Alias (olahraga) serta pemain badminton perseorangan lelaki dan wanita Lee Zii Jia dan Soniia Cheah Su Ya, serta pemain beregu campuran Chan Peng Soon yang masing-masing telah menamatkan cabaran di Tokyo.
Aaron-Wooi Yik yang juga gandingan di ranking kesembilan dunia sempat berhenti seketika untuk memberikan lagak gaya bersama pingat gangsa Sukan Olimpik yang dimenangi mereka sebelum mengucapkan: "Terima kasih rakyat Malaysia,".
Mereka kemudian bersama-sama kumpulan kontinjen negara bergerak menaiki bas untuk menuju ke lokasi kuarantin wajib selama 14 hari sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi antara individu yang meraikan kepulangan atlet-atlet negara itu.
Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli dan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh.
Pingat gangsa diraih Aaron-Wooi Yik di Tokyo merupakan pingat pertama Kontinjen Malaysia pada temasya sukan berprestij dunia itu, dan pasangan muda negara itu meraihnya dengan penuh bergaya.
Aaron, 24 dan Wooi Yik, 23, bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menewaskan gandingan Indonesia yang juga pilihan kedua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi penentuan pingat gangsa yang berlangsung hampir sejam, Sabtu lepas.
Kejayaan mereka di Tokyo memastikan kem badminton negara tidak pulang dengan tangan kosong selepas diletakkan sebagai sukan sandaran meraih pingat selain berbasikal trek dan terjun.
Sebelum ini, beberapa atlet lagi antaranya penerjun wanita Leong Mun Yee, ratu gimnastik artistik Farah Ann Abdul Hadi dan pemain beregu campuran Goh Liu Ying telah pulang ke tanah air sejak 26 Julai lalu selepas menamatkan saingan di Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
Aaron-Wooi Yik tiba bersama kumpulan Kontinjen Malaysia seramai 23 orang termasuk 11 atlet lain di KLIA, petang tadi. - Gambar/ Bernama
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.