KUALA LUMPUR: Selama lebih dua minggu kontinjen negara dari seluruh dunia berkampung di bandar Tokyo bagi Acara Temasya Olimpik 2020.
Hari ini, acara olimpik yang pertama kali diadakan dalam situasi berlainan dengan ketiadaan penonton dan kawalan ketat dek kerana COVID-19 akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh jayanya.
Bukan sahaja dianjurkan dengan penuh kontroversi, malah banyak juga kisah inspirasi dan dedikasi yang dapat disaksikan dari ribuan atlet berbekalkan harapan untuk mengharumkan nama negara.
Daripada 206 buah negara (termasuk beberapa buah negara tidak diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - PBB) yang bertandang di negara matahari terbit untuk membawa pulang pingat, hanya 86 buah negara yang berjaya memperolehi sekurang-kurangnya satu pingat.
Malaysia menjadi antara negara bertuah yang dapat merangkul pingat dengan salah satu daripadanya adalah kilauan perak.
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
BACA: Tokyo 2020: Beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat gangsa buat Malaysia
Ia adalah hasil kayuhan keramat jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terpaksa akur di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny yang meraih emas.
Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai jolokan 'The Pocket Rocketman' menduduki tempat kedua dalam Acara Keirin Lelaki yang berlangsung di Velodrom Izu pada Ahad, satu pencapaian lebih tinggi berbanding saingan ketika Olimpik Rio 2016 yang mana beliau meraih pingat gangsa.
Manakala, kilauan gangsa iaitu pingat kedua yang juga cukup bermakna buat rakyat Malaysia adalah hasil gandingan mantap pasukan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bagi pertandingan badminton.
Sebagai rekod, seramai 30 atlet negara menggalas cabaran ke temasya Olimpik Tokyo bermula 23 Julai lalu itu, dan kesemua kontinjen negara ini jelas membanggakan rakyat Malaysia.
Menjelang Paris 2024, yang hanya tinggal tiga tahun lagi, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata persiapan dan perancangan harus dimulakan dengan segera, serta percaya impian pingat emas pertama Malaysia dapat direalisasikan di sana.
Tetapi sebelum itu, fokus selepas ini pastinya tertumpu pula kepada atlet paralimpik tanah air yang akan beraksi bermula 24 Ogos hingga 5 September ini.
Faris Danial Razi
Sun Aug 08 2021
Acara olimpik yang pertama kali diadakan dalam situasi berlainan dengan ketiadaan penonton dan kawalan ketat dek kerana COVID-19 akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. - Foto REUTERS
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.