SEGALA-GALANYA lebih jelas kini.
Selepas redanya segala emosi dan keriuhan di sebalik kegembiraan meraikan kejayaan pingat perak sumbangan Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo, kelmarin, kini masanya untuk melihat realiti tanpa pengaruh sentimen dan rasa simpati.
Teratas haruslah hakikat bahawa Malaysia gagal menepati sasaran tiga pingat – difahami sebagai satu emas, satu perak dan satu gangsa – yang disasarkan daripada tiga sukan -- badminton, terjun dan berbasikal -- tanpa mengikut susunan berkenaan.
Apa pun kelegaan daripada pingat perak pada hari terakhir itu yang ditambah perisanya oleh semangat rakan sepasukan, Shah Firdaus Sahrom, untuk bangkit berlumba selepas terjatuh dan tercedera sebelum terpaksa mengalah di peringkat suku akhir, ia sebenarnya tidak “menyelamatkan” kontinjen Malaysia seperti dikatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Hakikatnya, Malaysia tetap gagal mencapai sasaran tiga pingatnya sambil Azizulhasni, yang terang-terang disandarkan harapan emas dari awal lagi, turut gagal melunaskan harapan berkenaan untuk kesudahannya terpaksa berpuas hati dengan pingat perak itu.
Dalam pada itu, kesungguhan, azam dan semangat yang dimiliki anak kelahiran Dungun, Terengganu ini tetap terpuji tapi cuma sejarah kemudian akan menghakiminya sebagai terlepas pingat emas di sebalik apa pun keadaan, tipu-daya dan kejaguhan yang disaksikan ketika perlumbaan berkenaan.
Netizen pula dilaporkan menyerang Matthew Glaetzer menerusi akaun media sosialnya sebagai menyalahkan pelumba Australia itu kononnya menjadi punca yang menggagalkan Azizulhasni daripada menggapai impian emasnya.
Pelumba Great Britain, Jason Kenny, membuka jarak pendahuluan sejurus basikal ‘derny’ meninggalkan trek ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, dengan Glaetzer di kedudukan kedua dilihat beberapa kali menoleh ke arah deretan empat pelumba di belakangnya, termasuk Azizulhasni di kedudukan kelima.
Kenny seterusnya memanfaatkan kelebihan jarak pendahuluannya untuk memecut sekuat tenaganya untuk sampai dahulu ke garis penamat bagi mengesahkan emas miliknya, 0.763 saat mengatasi pemenang tempat kedua.
Gelagat Glaetzer yang lengah untuk menghambat sambil pada masa yang sama menyekat pelumba-pelumba di belakangnya itulah yang diumpamakan netizen sebagai membantu Kenny, seolah-olah dia rakan sepasukan kepada pelumba Team GB itu.
Cuma, jika dibandingkan dengan pelumba Trinidad & Tobago, Nicholas Paul, yang dibatalkan dalam Separuh Akhir 2 terdahulu kerana memintas di luar garisan biru, Glaetzer tidak pun dipersalahkan oleh komisar atau ada melakukan apa-apa kesalahan.
Pada penghujungnya, Glaetzer sekadar menduduki tempat kelima dan tanpa sebarang pingat selepas tiga kempen Olimpik, dengan perlumbaan terdahulunya dalam acara pecut berpasukan pada Selasa berkesudahan di tempat keempat.
“Ada kalanya keadaan perlu memihak anda dan malang sekali buat saya, ia tidak demikian daripada segi perolehan pingat,” katanya seperti dilaporkan Yahoo Sport Australia, yang turut menyatakan Glaetzer disahkan menghidap kanser tiroid dua tahun lalu.
“Saya memiliki perspektif yang lebih besar. Saya berasa bertuah untuk berlumba mewakili Australia,” tambahnya sebagai jawapan kepada segala kata nista yang dihamburkan netizen Malaysia.
Lebih daripada segala-galanya, perlumbaan final keirin itu berkisar kepada taktik Kenny yang mengejutkan ramai – tidak terkecuali dua pelumba legenda Team GB, Sir Chris Hoy dan Sir Bradley Wiggins.
Ia bukan pun sesuatu secara spontan dan tidak juga mendapat sebarang isyarat daripada Glaetzer yang didakwa berkonspirasi, sebaliknya dibincangkannya dengan pasukan kejurulatihan sebelum perlumbaan.
“Saya nyatakan sebelum perlumbaan (termasuk kepada pengarah prestasi, Stephen Park) bahawa jika pelumba selebihnya ‘tertidur’, bolehkah saya buat pemecahan?
“Apabila detiknya tiba dan (Glaetzer) meninggalkan jurang yang besar, saya melihat keadaan dan terfikir: ‘Ia satu kesempatan yang besar untuk saya cuba melakukannya… dan saya melakukan perjudian yang besar.
“Memasuki final itu, saya tidak berasakan yang saya salah seorang pelumba pilihan. Pada detik itu, anda perlu bersedia untuk memanfaatkan peluang, dan satu kesempatan besar telah didatangkan,” kata Kenny seperti dipetik akhbar The Guardian.
Rakan sepasukan, Jack Carlin, yang gagal layak ke final dan berkesudahan di tempat kelapan, dilaporkan turut terlopong menyaksikan dari pit velodrom bagaimana Kenny mengejutkan barisan pencabarnya.
“Kita tidak pernah melihat ini dalam final keirin di Sukan Olimpik,” cetus pengulas Channel 7 Australia, Scott McGrory, yang menambah: “Ia sangat memeranjatkan daripada segi taktik, malah ia keterlaluan.”
Emasnya itu mengangkat Kenny sebagai Olimpian Great Britain yang paling berjaya dengan keseluruhan tujuh emas – satu mengatasi pakar keirin, Hoy. Dicampur dua lagi pingat perak, dia turut mengatasi rekod Wiggins yang menghimpun lapan pingat.
Barangkali Azizulhasni boleh berasa sedap hati yang Kenny melakukan perjudian besarnya itu kerana menyedari ancaman besar daripada pelumba Malaysia itu.
Apa pun, The Pocket Rocketman tetap seorang juara di mata rakyat Malaysia di sebalik pingat emasnya yang tertangguh dek kelicikan seorang jaguh yang sebenarnya “bukan biasa-biasa”, malah lebih hebat daripada Sir Hoy yang dikagumi dan menjadi idolanya.
Hishamuddin Aun
Tue Aug 10 2021
Emasnya itu mengangkat Kenny sebagai Olimpian Great Britain yang paling berjaya dengan keseluruhan tujuh emas. - Gambar/ Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.