awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah ragut, rompak barang kemas tujuh wanita

Bernama
Bernama
15/10/2025
09:20 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah ragut, rompak barang kemas tujuh wanita
Mohamad Halikhwan Halbairi dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan meragut dan merompak barang kemas milik tujuh wanita sejak tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Mohamad Halikhwan, 35, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan meragut dan merompak barang kemas milik tujuh wanita berusia 24 hingga 73 tahun di tujuh lokasi antara Mei 2024 dan Julai lalu.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM45,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi semua pertuduhan, menetapkan syarat tidak mengganggu saksi dan melapor diri di balai polis setiap bulan, dengan sebutan semula kes pada 18 November depan.

Mohamad Halikhwan Halbairi, 35, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap tujuh wanita berusia lingkungan 24 hingga 73 tahun di tujuh lokasi di daerah ini pada 10 pagi hingga 12.30 tengah hari antara 23 Mei 2024 dan 3 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurnadiahani Mohd Ideris menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah jaminan rendah atas alasan hanya berpendapatan RM500 sebulan dengan membantu ibunya berniaga lemang.
Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan Mohamad Halikhwan diikat jamin sebanyak RM45,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi sama ada secara sendiri atau melalui pihak ketiga, serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.
Sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam pula ditetapkan pada 18 Nov depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes ragut
#peragut bersiri
#kes mahkamah
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan