SEJAK Sukan Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai pada 23 Julai lalu, pelbagai suka-duka mewarnai temasya itu.
Daripada aksi di kolam renang sehinggalah ke balapan - semua acara itu mengukir seribu satu kenangan buat para atlet dan peminat sukan.
Terbaharu, detik luar biasa acara lompat tinggi turut menjadi sebutan warganet selepas pengakhiran acara tersebut menyaksikan atlet Qatar, Mutaz Barshim dan atlet Itali, Gianmarco Tamberi berkongsi pingat emas.
Video rakaman momen-momen bersejarah itu dikongsi di laman sosial dengan memaparkan reaksi gembira kedua-dua atlet itu selepas mengambil keputusan untuk berkongsi emas.
BACA: Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Keputusan dibuat apabila kedua-dua atlet itu berkongsi podium pertama setelah melakukan lompatan 2.37 meter (m).
Mereka kemudian diberi peluang untuk mencabar catatan tersebut namun gagal melepasi ketinggian 2.39m selepas tiga kali lompatan.
Namun, Barshim, 30, dan Tamberi, 29, membuat keputusan yang luar biasa selepas memutuskan untuk berkongsi podium emas, sekali gus melakar sejarah pertama dalam acara olahraga sejak ia diperkenalkan pada 1912.
“Boleh kami dapat dua emas?” tanya Barshim kepada pegawai Olimpik selepas dimaklumkan mereka boleh membuat sekali lagi lompatan untuk menentukan pingat emas.
"Ia tidak mustahil...jika kamu memutuskan," jawab pegawai itu sebelum kedua-dua atlet berkenaan berpelukan antara satu sama lain bagi meraikan kejayaan tersebut.
Dalam video yang tular juga, Tamberi dilihat berbaring di trek kerana tidak dapat menahan sebak atas kemenangan tersebut, sementara Barshim menghayunkan tangannya sebagai meluahkan perasaan.
Bagi Barshim, ia melengkapkan koleksi pingat di Olimpik selepas meraih gangsa di London 2012 dan perak di Rio, Brazil lima tahun lalu.
Manakala, emas Olimpik yang dimenangi Tamberi pula menambah koleksi peribadinya selepas memenangi gelaran dunia dalam dewan dan Eropah, kedua-duanya pada 2016.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 02 2021
Barshim (kiri) dan Tamberi berpelukan meraikan kemenangan - Gambar REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tokyo 2020: 'Boleh kami dapat dua emas?' - Acara olahraga lakar sejarah manis
Ia merupakan sejarah pertama atlet olahraga berkongsi pingat emas sejak 1912.