Atlet lari pecut Jamaica, Elaine Thompson-Herah memecah rekod 100m (meter) wanita dalam acara temasya Olimpik Tokyo 2020 pada Sabtu dengan catatan masa 10.61 saat.

Rekod baharu itu dicapai selepas dia mengalahkan rekod terpantas sebelum ini yang dipegang oleh Florence Griffith Joyner dengan catatan masa 10.62 saat semasa temasya Olimpik Seoul 1988.

Ketiga-tiga pingat yang dipertandingkan dalam acara reben biru itu menjadi milik atlet Jamaica dengan pingat perak menjadi milik juara dunia dua kali Shelley Ann Fraser dan Shericka Jackson yang merangkul pingat gangsa.

Manakala, Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Shericka Jackson masing-masing meraih perak dengan 10.74 dan gangsa dengan 10.76 saat.

BACA: Tokyo 2020: Thompson-Herah terkejut pecah rekod Olimpik

Untuk rekod, Thompson-Herah pernah memenangi dua pingat emas dalam 100 meter dan 200 meter wanita, dan satu perak dalam 4x100 meter wanita di Olimpik Rio 2016.