TOKYO: Penerjun negara, Pandelela Rinong, mengakui perlu segera mengatur emosinya selepas nasibnya bagaikan di hujung tanduk untuk melepasi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada Rabu.
Pandelela meraih slot terakhir separuh akhir, terjun 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Tokyo, pada Rabu.
"Tadi saya rasa sangat pelik. Saya rasa lompatannya okey, tapi biasalah masa kejohanan perasaan menjadi agak teruja lalu menjadi agak tinggi berbanding ketika sesi latihan.
"Jadi ada beberapa kesilapan terutama di terjunan keempat tapi lepas berlatih semula tadi, saya rasa esok ia akan menjadi lebih baik," katanya di Nadi Arena.
Pandelela bermula konsisten sehinggalah terjunan keempatnya yang hanya mendapat 28.80 mata.
Kesilapan itu menyaksikan atlet dari Sarawak itu bagaikan berada di hujung tanduk untuk melayakkan diri ke separuh akhir.
Mujur penerjun-penerjun selepas gilirannya tercicir mata dan ia menyelamatkan kempennya dengan menamatkan sesi kelayakan di tempat ke -18.
"Saya tidak tengok, saya hanya tengok diri sendiri sahaja. Semua peserta ada yang dapat menampilkan aksi terbaik dan ada pula yang tidak. Dalam kejohanan apa-apa pun boleh berlaku," katanya lagi.
Sementara itu, Cheong Jun Hoong tidak berselindung dengan kekesalan bergelut dengan dirinya sendiri.
Kesilapan awal juara dunia 2017 itu sewaktu memasuki air menyaksikannya hanya meraih 36 mata.
Kebangkitan yang diharapkan bagaimanapun tidak menjelma dalam terjunan kedua menyerlah dengan diberi 34.8 mata.
Ia menjejaskan peluangnya bahkan terjunan terbaiknya merangkul 65.8 mata sahaja, sekali gus mengakhiri kempennya di Jepun apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-26.
"Saya cuba menikmati saingan ini. Cuba bersungguh-sungguh di samping jurulatih, Zhu Liang.
"Pujian terhadapnya, selama setahun ini dia susah (berdepan kesukaran) dan saya pun begitu. Kemudian datang pula COVID-19.
"Telah banyak yang saya lalui tetapi saya sangat bersyukur sistem sokongan banyak membantu saya.
"Ramai yang masih menaruh harapan bahawa saya masih boleh mempamerkan aksi baik, tapi saya harus akui hari ini bukan yang terbaik walaupun yakin mampu melakukan yang lebih baik lagi.
"Saya kasihan dengan jurulatih sebab dia juga berdepan tekanan dan kesusahan tapi masih mahu melatih saya.
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih dengannya," kata Jun Hoong.
Astro Arena
Wed Aug 04 2021
Pandelela Rinong akui perlu perkemas lompatan. -Gambar fail/Reuters
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.