awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik - PM Muhyiddin

Bernama
Bernama
31/07/2021
14:09 MYT
Tokyo 2020: Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik - PM Muhyiddin
Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk merangkul gangsa. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kejayaan manis diraih pasangan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang menghadiahkan gangsa, pingat pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo, menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang mengucapkan tahniah kepada gandingan negara serta barisan kejurulatihan kem badminton itu percaya pencapaian pasangan beregu itu mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.
[TERKINI] Pasukan beregu negara bawa pulang pingat gangsa
BACA: Tokyo 2020: Beregu badminton negara hadiahkan pingat gangsa pertama buat Malaysia
"Tahniah Malaysia! Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik! Kemenangan dan sumbangan pingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.
"Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia! Demi Malaysia! Demi Malaysia! Demi Malaysia!," katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.
Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk merangkul gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#olimpik 2020
#Olimpik Tokyo
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#pingat
#gangsa
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan