awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tottenham perlu berbelanja demi ulangi keajaiban, kata Conte

Astro Arena
Astro Arena
02/01/2023
04:36 MYT
Tottenham perlu berbelanja demi ulangi keajaiban, kata Conte
Pemain Tottenham Pierre-Emile Hojbjerg (kiri) dan Ben Davies (kanan) cuba mencabar Emiliano Buendia (tengah) ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur, London, 1 Jan 2023. (Foto AP)
TOTTENHAM 0 ASTON VILLA 2
Antonio Conte percaya Tottenham perlu mendalami pasaran perpindahan sekiranya berhasrat mengulangi keajaiban meraih tempat keempat musim lalu.
Spurs menamatkan kempen 2021-22 dengan bergaya apabila mengatasi seteru London, Arsenal, untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) tetapi percubaan mereka untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas sekali lagi kian goyah.
Kekalahan 0-2 kepada Aston Villa di tempat sendiri awal pagi tadi selain seri dengan Brentford pada 'Boxing Day' menyaksikan Spurs melepaskan slot itu kepada Manchester United yang merakam kemenangan ketiga berturut-turut selepas membenam Wolves, kelmarin.
Barisan kendalian Conte itu sedang menghadapi krisis berikutan pemain utama seperti Dejan Kulusevski dan Richarlison kedua-duanya perlu diketepikan.
Justeru, bekas pengurus Chelsea dan Inter itu berasakan Spurs boleh membeli pemain dalam usaha memperluaskan pemilihan pemain dan menjadikan mereka berdaya saing di penghujung saingan.
“Saya masih mengulangi bahawa kami memerlukan keajaiban untuk menamatkan tempat keempat seperti musim lalu,” katanya kepada pemberita selepas jaringan Emiliano Buendia dan Douglas Luiz menghukum anak buahnya.
7 - Tottenham have conceded at least twice in each of their last seven Premier League games, their longest run of shipping 2+ in league matches since November 1988 (8). Alarming. pic.twitter.com/kcMJpMXEGi
— OptaJoe (@OptaJoe) January 1, 2023
"Musim lalu kami mengharungi sebuah pertandingan bersandarkan 12, 13 pemain utama dan mereka tidak mengalami kecederaan dalam 15 perlawanan terakhir jadi kami dapat mempertaruhkan pemain terbaik. Arsenal hanya empat mata di atas dan kami menamatkan 20 mata di belakang Manchester City. Kami telah menghasilkan satu keajaiban dan saya menyedarinya.
"Saya sangat jelas dengan kedudukan kelab dan pada musim panas lalu ada pihak yang sempat melabel Tottenham sebagai pencabar kejuaraan.
"Berdasarkan pengalaman saya ia satu artikel yang agak gila tetapi kami perlu akur. Ketika kami mengalami rentetan kecederaan, keadaan menjadi sukar.
“Untuk menjadi pencabar kejuaraan, anda memerlukan asas yang kukuh iaitu seramai 14, 15 pemain berkualiti selain pemain muda untuk berkembang dan setiap musim anda perlu menambah dua pemain, dua pemain dengan tanda harga sekitar £70 juta (RM372.5j) -- jenis pemain yang mampu meningkatkan tahap pasukan anda."
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#Tottenham Hotspur
#Aston Villa
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan