awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi menimpa dunia bola sepak Palestin: “Palestinian Pelé” antara mangsa terkini

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
09/08/2025
03:40 MYT
Tragedi menimpa dunia bola sepak Palestin: “Palestinian Pelé” antara mangsa terkini
Kehebatannya di atas padang memberinya gelaran “Palestinian Pelé”, satu penghormatan yang merujuk kepada legenda Brazil, Pelé, yang dianggap antara pemain terhebat dunia sepanjang zaman. - Foto fail
DUNIA bola sepak Palestin sekali lagi berduka selepas kehilangan beberapa pemain dan tokoh sukan ternama akibat konflik berterusan di Gaza. Terbaharu, bekas penyerang kebangsaan yang digelar “Palestinian Pelé,” Suleiman Al-Obeid, terbunuh pada 6 Ogos ketika menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Gaza.
Pemain berusia 41 tahun itu mencatat lebih 100 gol sepanjang kariernya dan memiliki 24 penampilan bersama skuad kebangsaan sejak 2007. Kehebatannya di atas padang memberinya gelaran “Palestinian Pelé”, satu penghormatan yang merujuk kepada legenda Brazil, Pelé, yang dianggap antara pemain terhebat dunia sepanjang zaman.
Menurut laporan media antarabangsa, Al-Obeid menjadi antara nama besar bola sepak Palestin yang gugur tahun ini menyertai deretan pemain dan jurulatih yang terkorban akibat konflik, termasuk Muhannad Al-Lili, Zuhair Al-Hajj Ahmad, Hani Al-Masdar, Mohammed Barakat, Majed Abu Maraheel, dan Rashid Dabour.
Menurut Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), jumlah pemain bola sepak yang terbunuh atau meninggal dunia akibat kebuluran kini mencecah 421 orang, termasuk 103 kanak-kanak.
Al-Obeid meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Suleiman al-Obeid
#Palestin
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan