awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan rumah Piala Dunia 2014 terima tamparan

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2013
15:07 MYT
Tuan rumah Piala Dunia 2014 terima tamparan
Tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil menerima tamparan hebat ketika mereka dalam persiapan akhir untuk menganjurkan pertandingan bola sepak terulung itu.
Ia apabila berlaku insiden pertempuran antara penyokong dan polis di salah satu venue kejohanan.
Kejadian berlaku ketika stadium ketiga di Arena Fonte Nova, Salvador sudah sedia untuk kembali dibuka, 7 April ini.
Membabitkan perlawanan antara Bahia dan Victoria, operasi jualan tiket terpaksa dihentikan serta merta selepas penyokong bertindak merusuh ke dalam stadium.
Insiden bagaimanapun dilaporkan berpunca daripada kealpaan penganjur dalam penjualan tiket aksi tersebut.
Menurut laporan media Brazil, tiada perancangan tersusun dan kemudahan yang disediakan kepada penyokong-penyokong yang tiba awal di venue berkenaan.
Ia juga selepas 30 peratus daripada 40,000 tiket perlawanan itu habis dijual melalui internet kurang daripada sejam.
Enam orang dilaporkan cedera dalam insiden yang kali kedua berlaku ketika stadium untuk kegunaan Piala Dunia sedia untuk kembali dibuka ini.
Dalam perkembangan lain, pihak keselamatan melaporkan Stadium Joao Havelange yang kini dikenali sebagai Enghenho tidak selamat digunakan untuk acara orang ramai sehinggalah masalah seperti ini diselesaikan.
Topic Berkaitan
#Arena Fonte Victoria
#Piala Dunia
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan