KETUA jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, meratapi "keputusan kejam' yang menimpa pasukannya ekoran kekalahan kepada Manchester United, namun menegaskan dia masih menyokong penuh aplikasi sistem video bantuan pengadil (VAR).
PSG dikejutkan dengan penyingkiran daripada Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi selepas ditewaskan 1-3 oleh Manchester United di Paris ekoran undang-undang gol laman lawan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.
Bagaimanapun, United memerlukan jaringan penalti Marcus Rashford hasil bantuan VAR pada minit ke-94 selepas Presnel Kimpembe didapati menahan bola menggunakan tangan.
Keputusan itu menyaksikan PSG yang dikendalikan Tuchel itu tersingkir dalam pusingan 16 bagi tiga tahun berturut-turut.
"Ia merupakan keputusan yang besar, keputusan yang kejam, namun ia sukar.
"Ada sebab mengapa ia tidak dapat melakukan keputusan.
"Ia sentiasa fakta yang lemah berkaitan bola terkena tangan.
"Percubaan itu bukan percubaan yang baik. Ia tersasar dan kemudian mereka memperoleh penalti," katanya.
Jaringan berganda Lukaku memberikan kelebihan buat United dalam babak pertama, namun jaringan penyamaan Juan Bernat pada minit ke-12 kembali meletakkan PSG di landasan tepat sebelum drama pada lewat permainan.
Di sebalik campur tangan VAR , Tuchel berkata dia akan terus menyokong penggunaan teknologi itu walaupun menyedari sistem berkenaan akan mengalami kesukaran untuk menentukan insiden bola terkena tangan.
"Saya menyokong penggunaan VAR dan akan tetap menyokongnya.
"Situasi bola terkena tangan amat sukar untuk ditentukan kerana terlalu banyak perkara perlu diteliti sebelum keputusan dibuat.
"Saya berasakan ia keputusan 50-50.
"Ia masalah yang akan timbul. Perkara yang akan membuatkan penyokong sistem itu untuk memperkatakan tidak.
"Untuk sepakan dari jarak 11 meter yang melambung 50 meter daripada gawang mendapat penalti, ia langsung tidak masuk akal," tambahnya.
Astro Arena
Thu Mar 07 2019
Thomas Tuchel bercakap kepada media sebelum perlawanan antara Paris Saint Germain dan Manchester United di Stadium Parc des Princes, di Paris, Perancis, 6 Mac, 2019. (Foto AP)
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tuchel terima keputusan 'kejam' VAR
PSG dikejutkan dengan penyingkiran daripada Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi selepas ditewaskan 1-3 oleh Manchester United di Paris ekoran undang-undang gol laman lawan.