Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan

Astro Awani
Oktober 19, 2023 01:10 MYT
McGregor tidak mengambil bahagian dalam perlawanan UFC sejak mengalami kecederaan patah kaki ketika menentang Dustin Poirier pada Julai 2021. - Foto AP
PIHAK pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) mengugurkan segala dakwaan terhadap bintang UFC, Conor McGregor yang dituduh melakukan serangan seksual semasa perlawanan akhir NBA di Florida pada Jun lepas.
McGregor didakwa 'menggoda secara agresif' seorang wanita sebelum memaksanya melakukan perbuatan seks di sebuah tandas VIP di Pusat Kaseya, Miami.
Warga Irish berusia 35 tahun itu berulang kali menafikan tuduhan itu sejak ia pertama kali didedahkan tahun lepas.
Pada Rabu, jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.
McGregor tidak mengambil bahagian dalam perlawanan UFC sejak mengalami kecederaan patah kaki ketika menentang Dustin Poirier pada Julai 2021.
Dia dijangka kembali ke gelanggang tahun depan.
#Conor McGregor #serangan seksual #UFC #pendakwa raya