awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McGregor didakwa lakukan serangan seksual ke atas wanita di tandas

Agensi
Agensi
16/06/2023
03:10 MYT
McGregor didakwa lakukan serangan seksual ke atas wanita di tandas
McGregor menafikan dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah tandas semasa perlawanan akhir NBA, Miami, minggu lalu. - Gambar fail AP
BINTANG UFC, Conor McGregor menafikan dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah tandas semasa perlawanan akhir NBA, Miami, minggu lalu.
ESPN dan TMZ Sports pada Khamis memetik surat daripada peguam wanita tersebut yang mendakwa, McGregor melakukan serangan "dengan kekerasan" di tandas Kaseya Center semasa perlawanan keempat pasukan Miami Heat dengan Denver pada final NBA, 9 Jun lalu.
McGregor, 34 tahun, didakwa telah "menggoda secara agresif" sebelum cuba memaksa wanita itu melakukan perbuatan seks dengannya.
Dalam perkembangan sama, peguam McGregor, Barbara Llanes berkata: "Dakwaan ini palsu. McGregor tidak akan terancam."
Sementara itu, polis Miami mengesahkan siasatan sedang dilakukan susulan laporan yang dibuat pada Ahad lalu.
Miami Heat dan NBA juga memaklumkan mereka menyedari tentang laporan tersebut dan sedang menyiasat.
"Kami sedar mengenai dakwaan tersebut dan sedang menjalankan siasatan menyeluruh," kata Heat dalam satu kenyataan.
"Sementara menunggu hasil siasatan, kami tidak akan membuat sebarang komen lanjut."
Dalam surat-surat tersebut, peguam wanita itu, Ariel Mitchell mendakwa, pihak keselamatan pasukan dan NBA memaksa anak guamnya masuk ke tandas di mana McGregor dan pengawal keselamatannya menunggu.
McGregor duduk di tepi padang semasa perlawanan pada 9 Jun dan mengambil bahagian dalam persembahan separuh masa, di mana dia menumbuk maskot Heat beberapa kali.
Berikutan itu, maskot tersebut, Burnie, diusung keluar gelanggang dan dikejarkan ke bahagian kecemasan di hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#bintang UFC
#final NBA
#serangan seksual
#Conor McGregor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan