awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri

Bernama
Bernama
07/04/2024
09:33 MYT
Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri
Mohamad Sukri berkata tugas sebagai jurulatih lebih menguji dari segi mental dalam usaha membentuk pasukan hoki lelaki kebangsaan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh bekas pemain hoki negara Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tigers bulan lepas.
Beliau berkata tugas sebagai jurulatih lebih menguji dari segi mental dalam usaha membentuk pasukan hoki lelaki kebangsaan.
Justeru beliau akan menagih ilmu daripada ketua jurulatih Sarjit Singh yang berpengalaman dan seorang lagi pembantu jurulatih Azrul Effendy Bistamam untuk membantunya menggalas tanggungjawab baharu itu.
"Masing-masing ada cabaran. Cuma di sini bila saya menjadi jurulatih perbezaan melibatkan mental walaupun fizikal juga ada penatnya berbanding pemain lebih penat fizikal.
"Selain melatih, kena juga buat kerja-kerja pengurusan, merangka pelan dan perlu berfikir di luar kotak untuk membentuk pasukan bagus," katanya dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini.
Walaupun memiliki pengalaman luas sebagai pemain namun beliau berkata masih perlu 'berguru' dengan jurulatih berpengalaman agar dapat menimba ilmu baharu dan melihat dari sudut berbeza, selain merasakan dirinya memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menjadi jurulatih yang bagus.
12 Mac lepas, Mohamad Sukri dilantik sebagai penolong jurulatih bersama Azrul Effendy manakala jurulatih penjaga gol dibantu S. Kumar dan diketuai Sarjit untuk mengendalikan skuad negara yang akan berdepan cabaran pertama mereka iaitu Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 4-11 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penolong jurulatih
#skuad hoki Malaysia
#Mohamad Sukri Abdul Mutalib
#Sarjit Singh
#Speedy Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan