awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh ahli gabungan hilang kepercayaan terhadap presiden MGF

Bernama
Bernama
06/10/2020
21:11 MYT
Tujuh ahli gabungan hilang kepercayaan terhadap presiden MGF
Rachel dipilih sebagai presiden MGF bagi penggal 2019-2021 pada Februari tahun lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sebanyak tujuh daripada keseluruhan 11 ahli gabungan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap presiden badan induk gimnastik negara itu yang juga bekas atlet gimnastik kebangsaan, Rachel Lau.
Tujuh ahli gabungan itu adalah Pulau Pinang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Melaka dan Terengganu, yang telah menyerahkan surat ditandatangani perwakilan negeri kepada Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril, bagi menggesa untuk diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) secepat mungkin.
Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu A. Razak Mat Amin yang mewakili tujuh ahli gabungan tersebut mendakwa, Rachel telah membelakangkan Jawatankuasa Lembaga Tadbir MGF dalam membuat keputusan, selain menyalahguna kuasanya dalam beberapa isu berbangkit.
"Saya mewakili tujuh persatuan gimnastik negeri telah hilang kepercayaan kepada presiden sekarang, kerana beliau gagal menguruskan MGF dengan baik dan berkesan, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah dalaman persatuan," katanya kepada Bernama, pada Selasa.
Beliau yang juga bekas timbalan presiden MGF berkata, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu dijadual berlangsung pada bila-bila masa sebelum Mac tahun hadapan.
"Jadi dengan keadaan sekarang penyelesaian terbaik adalah presiden membuat AGM lebih awal, untuk membuat pelantikan baharu atau tukar kepada individu yang mendapat sokongan daripada sebahagian besar ahli gabungan," tambah beliau.
Menurut A. Razak hanya Sabah dan Johor dilihat masih berdiri di belakang Rachel, sementara dua lagi ahli gabungan - Wilayah Persekutuan dan Kedah mengambil pendekatan berkecuali.
Sementara itu, Rachel ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Rachel dipilih sebagai presiden MGF bagi penggal 2019-2021 pada Februari tahun lalu, selepas menang tanpa bertanding selepas penyandang Datuk Jaya Al Bakri tidak mempertahankan jawatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persekutuan Gimnastik Malaysia
#MGF
#presiden badan induk
#gimnastik
#Rachel Lau
#A Razak Mat Amin
#hilang kepercayaan
#EGM
#Jawatankuasa Lembaga Tadbir MGF
#salah guna kuasa
#agm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan