PERTUKARAN pengurus bukanlah jalan penyelesaian yang sesuai dalam usaha menangani prestasi kurang memberangsangkan terhadap mana-mana kelab bola sepak di seluruh dunia.
Perkara itu ditegaskan Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer bagi mengulas khabar angin berhubung pertukaran pengurus, Julian Nagelsmaan susulan prestasi hambar kelab berkenaan ketika ini.
Malah menurut Haine, pihaknya masih menaruh kepercayaan dengan kemampuan Nagelsmann untuk terus mengemudi kelab berkenaan.
“Kami akan terus memberikan kepercayaan kepada Nagelsmann untuk mengemudi kelab ini kerana kami yakin dengan kemampuannya.
“Lagipun dia merupakan individu yang bertanggungjawab mengemudi kelab ini memenangi DFL-Supercup 2021, 2022 dan juga Bundesliga musim 2021-22.
“Oleh itu, sebarang pertukaran atau pemecatan terhadap pengendali seperti ini sama sekali tidak akan berlaku dan ia memang tidak ada dalam perancangan kami musim ini,” katanya.
Untuk rekod, Nagelsmann mula mengemudi Bayern sejak musim 2021 lalu setelah mengemudi 1899 Hoffenheim mulai 2016 hingga 2019 dan RB Leipzig (2019 hingga 2021).
Sementara itu menurut Haniner, pihaknya juga sudah mempunyai perancangan tersendiri terhadap kelab berkenaan musim ini.
Katanya, kesemua perancangan sedang dalam perbincangan dan setelah ia (perancangan) dipersetujui, ia akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.
“Seperti anda semua tahu, kelab ini bernama Bayern Munich dan ia merupakan antara pasukan ‘gergasi’ di Bundesliga." - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 20 2022
Aksi Julian Nagelsmann ketika perlawanan UCL kumpulan C antara Bayern Munich dan Barcelona di Allianz Arena, Munich, Jerman, 13 Sept 2022. - Gambar fail AP
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tukar pengurus bukan tindakan sesuai
Herbert Hainer mengulas khabar angin berhubung pertukaran Julian Nagelsmaan susulan prestasi hambar kelab berkenaan.