PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meninjau sesi latihan pasukan negara di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini petang ini.
Tunku Ismail yang diiringi Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, meluangkan masa kira-kira 30 minit menyaksikan latihan skuad Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut meluangkan masa berjumpa barisan pemain dan kejurulatihan pasukan negara sebelum berangkat meninggalkan Wisma FAM kira-kira 7 malam.
Pasukan negara kini dalam persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Bahang pertembungan itu mula dirasai pemain pertahanan negara Dominic Tan yang menjangkakan perlawanan berdepan skuad Gajah Perang itu berlangsung sengit.
"Pastinya ia bukan perlawanan yang mudah, semua nak menang dan layak ke final tetapi kita kena buat yang terbaik. Sudah tentu penting juga untuk kita bawa momentum baik bertemu Singapura (ke perlawanan menentang Thailand)," katanya kepada pemberita pada sesi latihan pasukan negara.
Sementara itu, pemain pertahanan Quentin Cheng berkata pasukan Malaysia sentiasa mempunyai keyakinan menentang mana-mana lawan dan mampu mencapai kejayaan jika mereka menjalankan peranan mereka dengan baik.
"Kami sentiasa yakin menentang mana-mana pasukan dalam kejohanan ini, jurulatih memberi kami satu pelan permainan dan taktik untuk dilaksanakan dalam setiap perlawanan, kami cuma perlu mencuba yang terbaik untuk mengikut apa yang perlu dilakukan. Jika kami melakukan apa yang kami mampu, saya rasa kami boleh menewaskan sesiapa saja," kata pemain Selangor FC itu.
Malaysia masih segar dengan kejayaan menewaskan Singapura 4-1, Selasa lepas, sekali gus mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B di belakang Vietnam yang akan membuat perhitungan dengan Indonesia.
Selepas perlawanan Sabtu ini, pasukan negara akan berlepas ke Bangkok bagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Selasa minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meninjau sesi latihan pasukan negara di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya petang ini. - Foto Facebook FAM

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Johor catat peningkatan kes kesihatan mental, gangguan emosi sejak COVID-19
Perkembangan itu cukup membimbangkan memandangkan ia perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlarutan sehingga membawa kepada isu kesihatan lain.

Perak rekod 294 projek diluluskan pada 2022 dengan jumlah pelaburan RM6.6 bilion
Loh berkata projek-projek tersebut dijangka dapat mewujudkan 7,682 peluang pekerjaan baharu.

Fayadh tekad rebut kesebelasan utama Harimau Malaya
"Saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain yang baik."

Beri masa Josue, Dos Santos sesuaikan diri dengan corak permainan Harimau Malaya - Pan Gon
Selain dua pemain Brazil itu, Kim turut memanggil 12 muka baharu menyertai latihan bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

'Ini skuad Harimau Malaya paling mantap'
Barisan 27 pemain untuk dua aksi persahabatan disifatkan antara skuad terbaik dimiliki Kim Pan-gon.

Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual hari ini
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Perak perkenal pelancongan pemuliharaan di Berlin bantu lindungi Harimau Malaya
Perak memperkenalkan pakej ITB 2023 yang memberi peluang pelancong antarabangsa bercuti sambil membantu misi pemuliharaan biodiversiti hutan Royal Belum di Perak.

Pan-gon tampil lapan muka baru perkuat Harimau Malaya
Evolusi era kepimpinan Kim Pan-gon kini memasuki fasa peralihan apabila pengumuman senarai 27 pemain yang dipanggil untuk berada dalam kem latihan pusat.

Liga Super: Argzim Redzovic tetap sabar tunggu impian bergelar pemain naturalisasi
Pertahanan Terengganu FC, Argzim Redzovic, tetap bersabar menunggu impiannya untuk bergelar pemain naturalisasi negara terlaksana.

TMJ beri bayangan tawar peranan lebih besar daripada pengurus Harimau Malaya
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menawarkan peranan yang lebih besar berbanding bergelar pengurus skuad kebangsaan.

Jika tak layak ke Piala Dunia 2026, kita mahu semakin 'rapat' - Hamidin
Malaysia sedang meniti jalan untuk layak buat julung kali ke Piala Dunia, kata Presiden FAM.

Pan Gon insan yang gembira di Malaysia, kecuali terhadap tekanan
Beliau suka di sini kerana penduduknya baik hati, cuaca bagus, persekitaran mendamaikan, di samping keseronokan menikmati makanan tempatan.