BIRMINGHAM: 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'.
Jika sebelum ini tampil dengan imej rambut 'cendawan', kini pemain perseorangan utama negara, Ng Tze Yong muncul dengan gaya rambut baharu bersempena Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Pemain nombor 44 dunia itu berharap perubahan imej rambut 'bersikat tepi' yang digayakannya ketika ini mampu membawa tuah kepadanya untuk melakar kejayaan membanggakan dalam penampilan pertamanya pada temasya sukan empat tahun sekali itu, di sini.
"Rambut cendawan itu sudah lama, jadi saya mahu mencuba nasib untuk Sukan Komanwel kali ini," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Terdahulu, Tze Yong membantu Malaysia mara ke separuh akhir menentang England, selepas menewaskan Sri Lanka, 3-0 pada aksi suku akhir di Dewan 5 Pusat Pameran Nasional di sini.
Pemain berusia 22 tahun itu menyumbang mata kedua buat negara selepas mengenepikan cabaran Niluka Karunate 21-5, 21-14.
Dalam pada itu, Tze Yong berkata penampilannya dalam kejohanan besar termasuk Piala Thomas dan Uber 2022 di Bangkok, Thailand, Mei lepas, benar-benar meningkatkan tahap keyakinannya untuk beraksi dengan cemerlang di sini.
"Saya fokus untuk berikan yang terbaik, saya harap apa yang saya pelajari dalam sesi latihan membantu saya di Birmingham," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Tze Yong membantu Malaysia mara ke separuh akhir menentang England, selepas menewaskan Sri Lanka, 3-0 pada aksi suku akhir. - Gambar/ Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
MOM alu-alukan penganjuran Sukan SEA 2027
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengalu-alukan keputusan Malaysia untuk menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan melihatnya sebagai peluang penting untuk mengaktifkan semula indus
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.