awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali

Bernama
Bernama
23/02/2024
23:00 MYT
Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Impian Tze Yong untuk beraksi di Olimpik sukar dipastikan selepas dia mengalami kecederaan otot bawah belakangnya semasa Kejohanan Terbuka Malaysia bulan lepas. - Gambar fail/Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong perlu lebih berhati-hati dalam proses pemulihan kecederaannya kerana sakit belakang cenderung untuk datang kembali.
Pengerusi Jawatankuasa Antidoping dan Perubatan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Dr. SS Cheema berkata sakit belakang tidak dapat diramalkan.
"Sekali anda mengalaminya, kemungkinan anda mengalaminya lagi agak tinggi," katanya kepada Bernama.
Impian pemain berusia 23 tahun itu untuk beraksi di Olimpik sukar dipastikan selepas Tze Yong mengalami kecederaan otot bawah belakangnya semasa Kejohanan Terbuka Malaysia bulan lepas diikuti masalah tulang belakang semasa beraksi dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) baru-baru ini.
Sesebuah negara hanya boleh mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada ranking 16 teratas dalam ranking "Race to Paris" menjelang tempoh kelayakan pada 28 April ini.
Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia menduduki ranking ke-10 pada masa ini sementara Tze Yong di ranking ke-15 tetapi menghadapi risiko kehilangan kedudukan itu jika beliau terus tidak beraksi dalam kejohanan kelayakan.
Dengan Sukan Olimpik Paris 2024 hanya tinggal lima bulan lagi, Dr Cheema menasihatkan atlet yang akan beraksi di Olimpik supaya berhati-hati terhadap sebarang kemalangan yang tidak diingini, termasuk kecederaan dan kemalangan aneh yang boleh menjejaskan peluang mereka ke Paris.
"Ia (kemalangan aneh) berlaku (kepada atlet) sebelum ini, jadi adalah lebih baik untuk berhati-hati daripada menyesal kemudian. Ia boleh berlaku ketika menunggang motosikal, basikal, terjatuh ketika latihan atau ketika di rumah.
Atlet hendaklah bersedia dalam kedua-duanya, mental dan fizikal untuk Olimpik. Selalu fikirkan ini sebagai Olimpik terakhir dan anda perlu bersedia untuk memberikan aksi terbaik, siapa tahu anda berpeluang untuk memenangi sebutir pingat," katanya.
Sementara itu beliau berkata satu lagi isu yang menjadi kebimbangan ialah doping, kebanyakannya adalah pengambilan bahan terlarang tanpa disedari.
Dr Cheema berkata walaupun atlet terkemuka peka dengan pelanggaran peraturan antidoping, mereka kadang-kadang terbawa-bawa dengan nasihat pihak ketiga untuk mengambil makanan tambahan tanpa meminta nasihat pegawai-pehgawai daripada Institut Sukan Negara (ISN).
"Itu satu bahaya besar, mereka seharusnya mengelak daripada semua makanan tambahan itu melainkan diluluskan oleh ISN. Anda tidak tahu kandungan sebenar makanan tambahan untuk mengurangkan berat badan atau meningkatkan prestasi, ia telah berlaku banyak kali dalam acara di temasya sukan yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Ng Tze Yong
#sakit belakang
#SS Cheema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan