KUALA LUMPUR: Perjalanan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terhenti pada peringkat suku akhir kejohanan badminton All England awal pagi tadi.
Pemain ranking dunia ke-28 itu, ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 11-21, 11-21 kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.
Keputusan itu menyaksikan Tze Yong masih gagal mendapatkan formula untuk mengatasi pemain China itu, apabila telah tewas dalam kesemua empat pertemuan antara mereka sejak 2017.
Shi Feng, pemain di tangga ke-14 dunia, seterusnya akan bertemu Anders Antonsen dari Denmark, yang menyingkirkan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 19-21, 21-17.
Tze Yong sebelum ini mencipta kejutan besar apabila menewaskan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark untuk mara ke pusingan suku akhir.
Kini, pemain profesional Lee Zii Jia, yang menewaskan pemain meningkat naik Jepun Kodai Naraoka 21-9, 10-21, 21-13 malam tadi, menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan berprestij itu.
Zii Jia yang berada pada kedudukan nombor empat dunia akan berdepan Shi Yu Qi (ranking ke-13) dari China, yang mudah mengalahkan rakan sepasukan Weng Hong Yang 21-9, 21-16.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Keputusan itu menyaksikan Tze Yong (gambar) tewas dalam kesemua empat pertemuan antara beliau dan Li Shi Feng sejak 2017. - Foto Sinar Harian

Azeem Fahmi buru catatan bawah 10.20s
Pelari sensasi olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, menyasarkan larian di bawah catatan 10.20 saat pada penampilan pertamanya saingan 100 meter sejak berguru di Amerika Syarikat empat bulan lalu.

Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.

AWANI Ringkas: Inisiatif Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
![AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015338/7699752941679576774925_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqmna Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Hari pertama puasa, apa cerita Bazar Ramadan? Tidak kira siapa terlibat, hapuskan amalan rasuah, titah Sultan Johor Lebuh raya Plus tungu masa laksana pembayaran terbuka Selepas hukuman mati mandatori, penjara seumur hidup pula dimansuhkan #AWANInews

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

AWANI Ringkas: Penjara hingga 40 tahun, sebatan ganti penjara seumur hidup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dialog Poket Rakyat: Poket raya, jangan sampai 'kering'
Impak tekanan kos sara hidup mengurangkan ‘keseronokan’ pengguna berbelanja? Inisiatif Rahmah, pengguna dan peniaga puas hati? Inisiatif Rahmah, sampai bila boleh bertahan? Dialog Poket Rakyat, Khamis 8.30 malam

Hari pertama bazar Ramadan meriah walaupun renyai
Setiap kali tibanya Ramadan antara yang menjadi tumpuan ialah bazar Ramadan, kerana pelbagai jenis juadah berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden boleh didapati dan dibeli.

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan KPWKM.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Pemain ranking dunia ke-28 itu tewas kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.

Axelsen menangis kalah di tangan Tze Yong
Pemain dari Denmark itu sudah memberikan segala-galanya untuk menang, namun nasib tidak menyebelahinya.

Tze Yong cipta kejutan besar singkir Alexsen di All England
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara All England, Viktor Axelsen, pada saingan pusingan kedua di Birmingham, malam ini.

Chong Wei sedia kongsi pengalamannya bantu Tze Yong layak ke Olimpik
Chong Wei bersedia untuk berkongsikan pengalamannya bagi membantu Ng Tze Yong dan pemain perseorangan negara yang lain untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Kurang sihat namun Tze Yong dijangka beraksi pada All England - Hendrawan
Pemain itu batuk berpanjangan hampir sebulan sehingga menyebabkan terlepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia buat seketika.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Tze Yong, June Wei lepasi pusingan pertama Masters Thailand
Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mencatat kemenangan pada perlawanan pusingan pertama kejohanan badminton Masters Thailand berlangsung di Stadium Nimibutr.

Tze Yong, Hendrawan rangka strategi terbaik hadapi Terbuka Malaysia
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong sudah melakukan persiapan rapi bagi penampilan sulungnya secara merit di kejohanan Terbuka Malaysia 2023.

Badminton: Perbaiki ranking dunia, azam tahun baharu Tze Yong
Meskipun telah berada dalam kelompok 30 terbaik dunia, Ng Tze Yong enggan berpuas hati dan menysasar untuk meningkatkan prestasi.

Zii Jia sasar julang lebih tiga gelaran pada 2023
Pemain perseorangan lelaki nombor dua dunia, Lee Zii Jia mengharapkan permulaan positif bagi 2023 dengan mencapai prestasi yang lebih baik pada kejohanan Terbuka Malaysia di Arena Axiata.