TUMPAT: Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Kelantan berhasrat menjadikan sukan memanah berkuda sebagai sukan yang dikenali di seluruh negara sekali gus sukan itu dapat diseneraikan sebagai acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa akan datang.
Penolong Pengarah U-Bes Kelantan Marwan Husin berkata sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Beliau berkata sukan berkenaan perlu diperkenalkan secara serius di peringkat Majlis Sukan Negeri dan dapat mengangkat objektif memartabatkan sukan sunnah.
"Sukan memanah berkuda terkenal dalam masyarakat di Kelantan dan Terengganu yang mana kami banyak memberi galakan kepada golongan muda untuk menyertai sukan berkenaan dan memperkenalkannya kepada masyarakat umum.
"Oleh itu, untuk memperkenalkan sukan memanah berkuda, U-Bes menganjurkan Festival Sukan Sunnah Antarabangsa (Semutar) untuk menyebarluaskan sukan itu yang menjadi salah satu tarikan baharu kepada umum," katanya kepada Bernama pada festival berkenaan, di Pantai Sri Tujoh, di sini, semalam.
Marwan berkata secara tidak langsung sukan memanah berkuda ini dapat mengembalikan vibe zaman kegemilangan kepahlawanan Melayu.
"Kalau dilihat pada hari ini, kebanyakan peserta-peserta tempatan mengenakan pakaian tradisional baju Melayu lengkap bersampin dan pakaian ala pendekar dalam acara sukan memanah berkuda," katanya.
Beliau berkata seperti sedia maklum, masyarakat Melayu zaman dahulu kala banyak menjadikan kuda sebagai haiwan tunggangan harian termasuk aktiviti pemburuan.
Menurutnya, sukan memanah berkuda bukanlah satu acara yang janggal dalam masyarakat Melayu kerana haiwan itu telah menjadi haiwan tunggangan ribuan tahun dan sejak zaman nabi.
Menurutnya kuda-kuda yang digunakan dalam sukan memanah berkuda dikumpulkan di seluruh Kelantan dan telah dilatih selama sebulan sebelum menyertai festival berkenaan.
"Melatih kuda adalah seperti cara untuk masuk ke dalam track bagi menentukan jarak ke tempat sasaran pemanah, had kelajuan yang diperlukan dalam track dan sebagainya," katanya.
Marwan berkata untuk pemanah pula mereka ini tidak perlu dilatih kerana mereka sememangnya pemanah di lapangan dan bezanya cuma memanah di atas kuda.
Beliau berkata peserta boleh memilih sama ada untuk menggunakan kuda peliharaan sendiri atau kuda yang telah disediakan U-Bes pada festival berkenaan.
Katanya, sebanyak 17 ekor kuda yang terdiri daripada pelbagai baka kacukan digunakan dalam acara sukan memanah berkuda.
"Peserta-peserta diberi masa selama dua hari untuk mencari keserasian bersama kuda yang ditunggang mereka dan kami menggunakan kaedah undi kuda.
"Undi kuda ini bermaksud peserta perlu mengundi untuk menentukan kuda mana yang digunakan pada acara sukan berkenaan dan kerana itulah peserta diberi masa selama dua hari untuk mencari keserasian," katanya.
Festival Sukan Sunnah Antarabangsa diadakan selama tiga hari bermula Jumaat hingga hari ini dan disertai lapan negara iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Taiwan, Mongolia, Korea Selatan dan Turki.
Selain acara memanah berkuda, terdapat juga acara memanah di lapangan, amuk parang dan langkah pendekar yang menggunakan senjata utama seperti kapak, parang dan bertombak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
Aksi peserta melakukan melakukan panahan dalam acara memanah berkuda yang diadakan pada Festival Sukan Sunnah Antarabangsa yang berlangsung di Tumpat semalam. -- fotoBERNAMA
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Heba Nusaybah srikandi cilik handal memanah berkuda
Srikandi cilik antara atlet termuda dalam komuniti sukan tersebut tidak pernah serik biarpun beberapa kali terjatuh ketika menunggang kuda.