awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann

Astro Arena
Astro Arena
07/09/2021
04:34 MYT
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber. - AP
PENGHIJRAHAN Lionel Messi mampu membuka ruang kepada beberapa pemain dari Barcelona yang lain untuk menyinar, menurut pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann.
Pemenang enam Ballon d'Or enam kali itu meninggalkan kelab yang berpangkalan di Catalunya berkenaan sebaik kontraknya berakhir berikutan kewangan meruncing kelab terbabit hingga tidak mungkin mereka dapat mengekalkan pencetak gol terbanyak mereka tersebut.
Barca belum tewas dalam era pasca-Messi musim ini, tetapi bakal menghadapi ujian terbesar selepas ini apabila menjadi tuan rumah kepada Bayern dalam Kumpulan E, Liga Juara-Juara (UCL), Rabu depan.
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke Paris Saint-Germain (PSG) sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai pemain berkaliber yang sedia keluar daripada bayangannya.
"Seorang pemain hebat yang menjadi tunjang kelab selama bertahun-tahun telah pergi. Dia mempunyai pengaruh besar di atas mahupun dan di luar padang, malah di bilik persalinan.
"Dia juga membuat mempengaruhi organisasi pasukan, ini membuat saya berfikir bahawa akan ada beberapa pemain sekarang yang akan lebih menikmati permainan mereka berdasarkan posisi masing-masing.
"Dia adalah seorang pemain berkelas dunia yang tahu bagaimana memutuskan perlawanan itu secara sendirian. Mana-mana pasukan akan menjadi lebih baik dengan adanya Messi berbanding tanpanya," kata Nagelsmann dalam sesi soal jawab yang dihoskan oleh Bayern.
- StadiumAstro / Shaiful Shamsudin
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#barcelona
#Julian Nagelsmann
#PSG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan