MAN CITY 2 PSG 1
Mauricio Pochettino enggan menutup khabar angin bahawa dia berminat untuk mengemudi Manchester United selepas Paris Saint-Germain (PSG) tewas kepada Manchester City.
Pendahulu Ligue 1 itu mendahului perlawanan di Stadium Etihad itu tetapi jaringan Raheem Sterling dan Gabriel Jesus memastikan kemenangan 2-1 tuan rumah untuk menguasai tempat teratas Kumpulan A, Liga Juara-Juara (UCL).
Perlawanan itu dibayangi spekulasi mengenai masa depan Pochettino, dengan bekas pengurus Tottenham itu dikatakan antara sasaran utama The Red Devils untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.
Walaupun menegaskan sebelum perlawanan bahawa dia komited dengan PSG, khabar angin berterusan bahawa pengurus dari Argentina itu berminat untuk kembali membawa keluarganya ke England dan akan menikmati peluang untuk mengambil alih peranan di Old Trafford.
Bercakap selepas kekalahan pasukannya di Manchester, Pochettino enggan menolak kemungkinan untuk berpindah.
"Pemain menyedari situasi ini," katanya, menurut L'Equipe.
"Khabar angin berlegar berhubung situasi ini, ada yang positif dan ada pula yang negatif. Sekarang bukan masa untuk bercakap mengenainya.
"Kami perlu memperbaiki semua aspek, semua posisi. Kami sedang menuju ke arahnya. Saya gembira dengan proses itu. Ada perkara kini menjadi lebih baik berbanding sebulan lalu. Sedikit demi sedikit, pasukan akan bertambah baik," katanya.
City kelihatan pasukan yang lebih memperkasa dalam pertemuan itu apabila melengkapkan 16 percubaan tepat berbanding tujuh oleh pelawat.
Malah, anak buah Pep Guardiola melakukan 37 sentuhan di dalam kotak penalti lawan sementara wakil Ligue 1 itu hanya mampu melengkapkan 10 kali -- secara tidak langsung mengehadkan impak Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe.
Pochettino akur pasukannya gagal menyerlah dalam separuh masa pertama tetapi berasakan permainan mula berada di bawah kawalan mereka sebaik mereka mendahului.
"Terdapat dua bahagian. Mereka bermula dengan lebih baik. Mereka sangat agresif dalam melakukan tekanan. Wujud beberapa aspek yang baik tetapi yang lain perlu diperbaiki.
"Ketika di kedudukan 0-0 pada masa rehat, kami mampu menyelesaikan beberapa masalah. Perlawanan menjadi terkawal di kedudukan 1-0. Saya kecewa dengan keputusan ini. Kami perlu membuat kemajuan pada setiap hari," katanya.
Astro Arena
Thu Nov 25 2021
POCHETINNO: Khabar angin berlegar berhubung situasi ini, ada yang positif dan ada pula yang negatif. Sekarang bukan masa untuk bercakap mengenainya. - Astro ARENA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.