awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Real Madrid selangkah ke separuh akhir atasi 10 pemain Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
12/04/2023
23:01 MYT
UCL: Real Madrid selangkah ke separuh akhir atasi 10 pemain Chelsea
REAL Madrid selangkah untuk layak ke separuh akhir UCL selepas menewaskan Chelsea, yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
REAL MADRID 2 CHELSEA 0
REAL Madrid selangkah untuk layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Chelsea, yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Gol tolakan mudah Karim Benzema dalam babak pertama meletakkan tuan rumah di depan sebelum Marco Asensio menggandakan kelebihan itu menjelang 15 minit terakhir.
Chelsea bimbingan Frank Lampard terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada awal babak kedua selepas Ben Chilwell didapati melakukan terjahan berbahaya ke atas Rodrygo.
Madrid, yang dikemudi bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, perlu berharap mereka akan beraksi lebih baik tetapi keputusan akhir di laman sendiri itu menyaksikan mereka membawa kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik di Stamford Bridge minggu depan.
Aksi sepanjang 15 minit pertama menyaksikan penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, menyekat percubaan awal Joao Felix sebelum Kepa Arrizabalaga pula menafikan usaha jarak dekat Benzema di gawang bertentangan.
Benzema, bagaimanapun, menebus kehampaan awalnya pada minit ke-21 untuk menewaskan Kepa selepas menerima umpanan Vinicius Junior.
Madrid hampir menggandakan kelebihan mereka lebih awal menjelang separuh masa tetapi tandukan David Alaba tersasar.
Harapan Chelsea untuk bangkit di gelanggang lawan musnah lebih awal sebaik Kalidou Koulibaly terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dan Chilwell pula dibuang padang.
Pemain gantian, Asensio, kemudian memanfaatkan situasi itu untuk menjaringkan satu gol lagi buat pasukan juara bertahan berkenaan pada minit ke-74. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Chelsea
#Liga Juara-Juara Eropah
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan