awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEFA rangka final Liga Juara-Juara lebih tersusun di Wembley

Astro Arena
Astro Arena
27/06/2023
04:10 MYT
UEFA rangka final Liga Juara-Juara lebih tersusun di Wembley
Debbie Hewitt, Pengerusi Persatuan Bolasepak (FA). - Foto Astro ARENA
PELAN keselamatan setiap organisasi yang bertanggungjawab untuk melangsungkan perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) tahun depan di Wembley haruslah diuji sepenuhnya, kata Pengerusi Persatuan Bolasepak (FA), Debbie Hewitt.
FA dan UEFA berdepan tekanan besar untuk menjayakan perlawanan itu berikutan masalah yang timbul dalam dua final terakhir.
Menurut laporan bebas yang ditugaskan oleh UEFA, perlawanan 2022 di Paris hampir menjadi "malapetaka kematian besar-besaran".
Peminat Liverpool tidak dibenarkan memasuki stadium menjelang perlawanan menentang Real Madrid berikutan kegagalan organisasi dan mereka kemudiannya disembur gas pemedih mata oleh polis Perancis.
Penyokong Liverpool turut dikurung di luar Stade de France ketika perlawanan akhir UCL itu.
Walaupun masalah sekitar final di Istanbul tahun ini kurang teruk tetapi Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, pada minggu lalu mengakui bahawa tidak semuanya sempurna dengan penyokong merungut tentang masalah pengangkutan di Stadium Ataturk selain kemudahan mengakses air minuman dan tandas.
Justeru, Ceferin memberi jaminan kepada perwakilan di Kongres Peminat Bola Sepak Eropah di Manchester bahawa perlawanan akhir 2024 bakal menjadi "pengalaman unik" buat penyokong.
Topic Berkaitan
#UEFA
#Persatuan Bolasepak
#pelan keselamatan
#UCL di Wembley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan