awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEL: Manchester United tepati ramalan ke suku akhir atasi Real Betis

Astro Arena
Astro Arena
17/03/2023
02:30 MYT
UEL: Manchester United tepati ramalan ke suku akhir atasi Real Betis
Pemain Real Betis cuba merampas bola daripada pemain Manchester United Diogo Dalot (tengah) dalam perlawanan di Stadium Benito Villamarin. - Foto AP
REAL BETIS 0 MANCHESTER UNITED 1
Marcus Rashford menjaringkan gol tunggal untuk Manchester United meraih kemenangan 1-0 ke atas Real Betis, sekali gus layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) dengan agregat 5-1.
Pasukan bimbingan Erik ten Hag itu turun beraksi dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 berkenaan berbekalkan kelebihan 4-1 daripada pertemuan pertama di Old Trafford minggu lalu dan ia menyaksikan Betis berdepan misi hampir mustahil untuk menterbalikkan keadaan itu di Estadio Benito Villamarin awal pagi tadi.
Betis melakukan beberapa percubaan berbahaya dalam babak pertama, di mana dua daripadanya terkena tiang gol dan Juanmi pula gagal menewaskan penjaga gol United, David de Gea, dalam situasi satu lawan satu.
United memulakan babak kedua dengan aksi lebih dominan dan selepas percubaannya diselamatkan Rui Silva, Rashford akhirnya memecahkan kebuntuan itu pada minit ke-55 dengan melepaskan rembatan dari jarak 25 ela untuk menewaskan penjaga gol berkenaan.
Sebagai rekod, ia merupakan jaringan ke-27 Rashford dalam kesemua kejohanan sepanjang musim ini dan ia juga merupakan golnya yang ke-25 di peringkat Eropah. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#UEL
#Manchester United
#Real Betis
#Erik ten Hag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan