awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 229: McGregor kata tak sabar nak 'rematch' dengan Khabib

Haider Yutim
Haider Yutim
07/10/2018
13:18 MYT
UFC 229: McGregor kata tak sabar nak 'rematch' dengan Khabib
McGregor turut memuatnaik sebuah foto di Instagram beserta kapsyen, -Saya akan kembali-. - Foto REUTERS
SELEPAS tewas di tangan petarung Rusia, Khabib Nurmagomedov pada aksi UFC 229 tadi, bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor menyatakan hasrat mahu mengadakan pertarungan semula.
“Pukulan yang baik. Tak sabar untuk pertarungan semula nanti,” kata petinju Ireland itu menerusi laman Twitternya hari ini.
Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi 'submission' (kuncian) 'pada minit 3.03 pusingan keempat.
Selain itu, McGregor, 30 tahun turut memuatnaik sebuah foto di Instagram beserta kapsyen, “Saya akan kembali”.
McGregor yang kembali ke Octagon selepas hampir dua tahun tidak beraksi, gagal merampas takhta kejuaraan lightweight dunia UFC dari Khabib.
BACA: MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
Khabib kini menambah rekod kemenangannya kepada 27-0.
Good knock. Looking forward to the rematch.
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) October 7, 2018
Sementara itu, Khabib dalam kenyataannya menjelaskan mengapa dia bertindak melompat keluar gelanggang dan menyerang orang McGregor selepas memenangi pertarungan tersebut.
Menurut laporan The Independent, Khabib bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan provokasi keterlaluan oleh McGregor yang menyentuh soal agama, negara dan ayahnya.
Katanya, McGregor juga pernah menyerang bas yang dinaikinya di Brooklyn dan hampir membunuh beberapa orang, namun tidak dipersoalkan.
“Jadi kenapa mereka hanya bercakap mengenai saya terjun dari gelanggang? Saya telah tunjukkan rasa hormat,” katanya.
Dia bagaimanapun memohon maaf sambil mengatakan itu bukanlah dirinya yang sebenar.
“Saya ingin memohon maaf kepada Suruhanjaya Atlet Nevada. Ini bukanlah sisi saya yang terbaik,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Conor McGregor
#Khabib Nurmagomedov
#MMA
#Octagon
#seni beladiri campuran
#UFC
#UFC 229
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan