DUA pencabar utama UFC dalam kelas lightweight bakal bertembung hujung minggu ini untuk acara UFC 267 yang akan berlangsung di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu.
Petarung di kedudukan ranking kelima, Islam Makhachev bakal menghadapi saingan paling mencabar dalam kariernya apabila bakal berkongsi pentas Octagon bersama Dan Hooker, petarung yang kini berada di ranking keenam dalam kelas berat yang sama.
Islam yang kini menduduki tangga ranking kelima serta mempunyai rekod kemenangan lapan kali berturut-turut, belum pernah dicabar petarung dalam kalangan sepuluh ranking terbaik di UFC.
Bagi Hooker pula, walaupun telah tewas sebanyak sepuluh kali dalam karier MMA-nya, dia dikenali sebagai petarung yang selalu mengambil peluang mencabar petarung dalam kalangan ranking lebih tinggi.
Antara petarung dengan nama besar yang pernah menewaskan Hooker adalah seperti Dustin Poirier, Michael Chandler dan Edson Barboza.
Islam Makhachev
- Rekod MMA: 20-1
- Kemenangan ketara: Drew Dobber, Thiago Moises dan Gleison Tibau
- Kunci Kemenangan: Gaya pertarungan Islam dan Khabib Nurmagomedov tidak jauh berbeza. Kedua-dua mereka mempunyai latar belakang yang luas dalam sukan tempur Sambo dan kemahiran gusti yang dimilikinya seperti tidak boleh ditandingi.
Tektik dan strategi pertarungan Islam seakan-akan sudah boleh dibaca. Seperti yang selalu diulang jurulatih Javier Mendez apabila ditanya media, jawapannya tetap sama - 'father's plan'.
Father's plan sebenarnya merujuk kepada teknik menjatuhkan lawan ke kanvas dan mendominasi mereka melalui kemahiran bergusti.
Melalui teknik ini Islam boleh menyerang lawan melalui tumbukan bertubi-tubi dan serangan siku menerusi gaya 'ground and pound'. Teknik ini memang sering digunakan petarung asal Dagestan.
Dan Hooker
- Rekod MMA: 21-10
- Kemenangan ketara: Gilbert Burns, Paul Felder dan Al Iaquinta
- Kunci kemenangan: Dikenali sebagai petarung jenis 'stand-up' kemahiran Hooker bakal diuji secukupnya bila berhadapan dengan Islam kelak.
Dengan ketinggian 183 cm dan jangkaun depa 191 cm, Hooker jelas sekali mempunyai kelebihan dari segi jarak pertarungan. Kelebihan ini sebaiknya digunakan melalui serangan seperti tumbukan 'jab' dan tendangan ke arah betis.
Penjagaan jarak pertarungan yang baik apabila berdepan dengan Islam adalah satu strategi penting. Ia bagi mengelak dan mematahkan usaha Islam untuk menjatuhkan Hooker dan membawa pertarungan ke kanvas Octagon.
Dengan percaturan yang betul dan kekuatan tumbukan yang dimiliki, Hooker boleh berjaya melancarkan pukulan ke arah kepala lawannya dan mencari kemenangan menerusi TKO (technical knockout).
Kesimpulan
Makhachev vs Hooker merupakan satu pertarungan penting bukan sahaja untuk kedua-dua petarung tetapi untuk kelas lightweight itu sendiri.
Bagi Makhachev, jika dia menang dengan cara yang menyakinkan dan mampu mendominasi pencabarnya, dia mungkin akan bertarung untuk merebut kejuaraan selepas ini atau pun hanya perlu menang satu lagi pertarungan sebelum boleh mencabar sang juara.
Dalam empat pertarungan terakhir, Hooker mencatat dua kemenangan dan dua kali tewas. Hooker pasti tidak mahu nampak satu lagi rekod kekalahan dalam rekod MMA-nya.
Untuk terus kekal dalam ranking 10 petarung terbaik kelas lightweight juga penting buat Hooker jika dia mahu terus dilihat sebagai bakal pencabar juara satu hari nanti.
BACA: UFC 267: Berlangsung di Abu Dhabi, UFC ketengahkan petarung Muslim
Pertarungan Makhachev vs Hooker dalam 'main card' acara UFC 267 akan bersiaran secara langsung di Astro SuperSport 5 (saluran 815) pada 31 October bermula jam 2 pagi.
Hilmi Ismail
Fri Oct 29 2021
Makhachev vs Hooker merupakan satu pertarungan penting bukan sahaja untuk kedua-dua petarung tetapi untuk kelas lightweight itu sendiri. - Foto Instagram/@Islam_Makhachev
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
UFC: Belal tarik diri lawan Shavkat
Jangkitan kuman dalam tulang memaksa penyandang juara kelas welterweight UFC Belal Mohammad menarik diri daripada pertarungan utama UFC 310.
Du Plessis sahut cabaran Khamzat
Du Plessis meraih gelaran middleweight awal tahun ini selepas mengalahkan Sean Strickland di UFC 297 menerusi kemenangan kontroversi.
Dana White beri harapan kepada Umar, Ankalaev
Umar yang juga sepupu Khabib Nurmagomedov dilihat lebih layak bertarung dengan penyandang juara bantamweight, Merab Dvalishvili.
Jojo bangga dipelawa Khabib Nurmagormedov berlatih di Dagestan
Atlet Muay Thai negara Johan Ghazali berbangga selepas mendapat pelawaan daripada juara Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagormedov untuk berlatih di Dagestan.
PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.
Jualan tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' capai lebih 50 peratus
Lebih 50 peratus tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' telah terjual sebelum legenda seni bela diri campuran (MMA) yang diberi julukan 'The Eagle' itu membuat penampilan istimewa di WTCKL.
Khabib bakal menemui peminat di Malaysia bulan depan
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.