SPORTS
UFC 314: Volkanovski tundukkan Lopes, rampas semula takhta featherweight

Alexander Volkanovski membuktikan dia masih The Great apabila berjaya merampas kembali kejuaraan featherweight UFC selepas menewaskan pencabarnya Diego Lopes, dalam acara utama di UFC 314. - Foto REUTERS
ALEXANDER Volkanovski membuktikan dia masih 'The Great' apabila berjaya merampas kembali kejuaraan featherweight UFC selepas menewaskan pencabarnya Diego Lopes, dalam acara utama di UFC 314.
Ringkasan AI
- Alexander Volkanovski menewaskan Diego Lopes di UFC 314 menerusi keputusan sebulat suara dan merampas semula kejuaraan featherweight.
- Pertarungan sengit lima pusingan menyaksikan Volkanovski lebih tangkas dan tenang, walaupun Lopes memberi saingan hebat.
- Kemenangan ini menjadikan Volkanovski juara dua kali featherweight dan membuktikan dia masih relevan selepas beberapa kekalahan sebelum ini.
Memasuki pusingan kedua, Lopes pula mula agresif dan sempat menjatuhkan Volkanovski di minit akhir, namun Volkanovski berjaya bertahan.
Pusingan ketiga menyaksikan kedua-dua petarung saling membalas serangan, tetapi Volkanovski tampil lebih tangkas dengan tumbukan tangan kanan yang memaksa Lopes mempertahankan diri.
Lopes hampir mengejutkan peminat di pusingan keempat apabila beberapa kali menggegarkan Volkanovski, namun beliau kembali dengan serangan balas erta kombinasi yang kemas.
Pusingan penentuan menyaksikan pertarungan terbuka dari kedua-dua petarung, tetapi ketenangan dan ketepatan Volkanovski menjadi kunci hingga diumumkan pemenang menerusi keputusan sebulat suara.
Setelah tamat lima pusingan kesemua juri memberikan mata 48-47, 49-46, 49-46, yang sekali gus memihak kepada Volkanovski.
Dengan keputusan terbaharu ini, Volkanovski kini melebarkan rekod profesionalnya kepada 27 - 4.
Sebagai rekod, Volkanovski yang memegang kejuaraan featherweight sejak 2019 berjaya mempertahankannya sebanyak lima kali sebelum tewas kepada Ilia Topuria pada Februari tahun lalu di UFC 298.
Selepas percubaan naik ke kelas lightweight yang berakhir dengan dua kekalahan kepada juara bertahan, Islam Makhachev, dan satu kekalahan getir kepada Topuria, ramai menjangkakan zaman kegemilangannya telah berakhir.
Namun, dengan Topuria melepaskan gelaran featherweight untuk mengejar peluang menentang Makhachev, Volkanovski kembali semula ke kelas tersebut untuk menebus semula maruah dan takhtanya.
Kemenangan ke atas Lopes ini sekali gus menjadikan Volkanovski juara dua kali dalam divisyen featherweight, yang mana pertarungan ini turut dianugerahkan ‘Fight of the Night’.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami